“Ni lah rahsia keserasian kami”- Alif Satar

Jika lihat gandingan kedua-dua mereka ini memang kelihatan sangat serasi dan mantap tika di atas pentas. Jarang sangat dilihat apa yang diterjemahkan oleh kedua-duanya tak padu. Kata orang dah bergabung pasti meletops. Itu yang tidak perlu dipertikaikan lagi apabila ada gandingan pengacara antara Alif Satar dan Sherry Alhadad di mana-mana pentas pengacaraan.

Mempunyai rancangan bual bicaranya sendiri, acapkali juga Sherry digandingkan dengan Alif antaranya seperti di pentas Anugerah Juara lagu. Terbaharu mereka juga berganding bahu mengacarakan program pertandingan reality TV nyanyian, Big Stage.

Tampak serasi bersama, apa agaknya rahsia diamalkan kedua-duanya dalam mengekalkan prestasi ketika di atas pentas? Begitupun, Alif nampaknya tanpa berselindung berkongsi ‘amalan’ keserasian mereka ketika beraksi di khalayak iaitu dengan bermain badminton…

Pasti kedengaran agak pelik bukan? Bagaimana pun itulah kongsi Alif dan Sherry terhadap apa yang dilakukan mereka. Tak perlu pun berada di gelanggang badminton, dok bermain di belakang pentas pun jadi.

Yang penting apa yang diperlvkan sudah tentulah sepasang reket dan jaring. Tanpa berpakaian lengkap sukan, bahkan Alif dan Sherry berkaki ayam pun jadi. Entah ye ke tidak… kata Alif 30 saat sebelum persembahan, mereka akan melakukan aktiviti itu.

Wah… kalau ia benar-benar dilakukan oleh mereka berdua, terbuktilah untuk melakukan senaman boleh saja di mana-mana dan pada bila-bila masa. Sudah tentulah selain menyihatkan badan, otak juga cergas kerana happy dapat releasekan fikiran biarpun sekejap.

Bukan lagi alasan untuk tak bersenam, nampaknya selain rakan-rakan seni, netizen juga boleh mengikut contoh sama. Yang penting kreatif dan pandai mencuri masa kalau betul berhajat mahukan badan dan minda cerdas macam mereka berdua.

Sejak 2018, Sherry bersama Alif menjadi pengacara rancangan pertandingan nyanyian untuk bakat baru, Big Stage. Dia juga kini menggalas peranan sebagai pengacara rancangan All Together Now Malaysia yang bersiaran di Astro Ria bermula 6 Jun 2021.

Selain menyanyi dan berlakon, Alif pula banyak mengacarakan rancangan di stesen televisyen swasta. Dia pernah dipilih oleh Datuk Aznil Nawawi untuk mengacarakan rancangan MeleTOP bersama Neelofa dan Nabil Ahmad pada tahun 2012.

Apa pun moga Alif dan Sherry terus dapat berganding dalam program-program acara seterusnya. Tampaknya ramai yang suka gandingan mereka bersama. Masing-masing sporting dengan cara tersendiri. Rupanya ada amalan untuk serasi bersama di pentas ya…

Sumber : Ig Alif Satar & Sherry Alhadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!