“Aku tak rasa yg ni berlakon sbb muka dsv tu m4rah betul” – Netizen

Kepada peminat dan mereka yang mengikuti perkembangan ‘percintaan’ usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV) dan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli pasti maklum akan hubungan mereka yang sudah setahun tidak berhubung. Umpama bermain tarik tali, cinta Iqbal sebelum itu ditolak DSV, sebelum lelaki itu merajuk dan kemudian ‘dicari’ semula oleh DSV.

Namun selepas itu, Iqbal umpama mahu lari lebih jauh hingga membawa diri sekejap ke negara seberang. Drama sungguh… Lebih kurang begitulah kisahnya… netizen pun naik pening.

Terbaharu hari ini, Iqbal pula memuatnaik video di Instagramnya menunjukkan dirinya mahu ‘mendekati’ DSV. Menurut kapsyen di hantarannya itu, kali terakhir mereka berbicara baik pada bulan September tahun lepas.

Entah apa motifnya, menyatakan bahawa biarlah dirinya mengalah dan dimarahi asalkan mereka tidak hidup bermusuhan. Tetapi dia sedar akan ada yang ingat itu drama dibuat-buat atau untuk marketing, katanya pun begitu ia tidak sama sekali.

Tambah Iqbal, jika ada yang perasan, lima tahun lepas kisahnya dengan DSV pernah viral. Coretnya akan tetapi, kenyataannya tetap tidak berubah. ‘Tidak mungkin drama ini diatur sejak lima tahun lalu lagi betul?, soal Iqbal.

Menyatakan khuatir jadi f1tnah lain termasuk ada kata dia datang bawa s1hir, justeru katanya dia merekod video perkongsiannya itu di awal-awal pertemuan itu lagi. Apapun komen baik buruk, pendapat semua, dia terima, coretnya lagi.

Memang di awal video itu, ramai mengakui ia tidak terlihat ‘drama’ kerana wajah DSV nampak benar berubah dan agak marah tatkala Iqbal menjengah ke mejanya ketika dia sedang meeting.

Begitupun ketegangan semakin kendur dan terasa juga sebak apabila kedengaran kata-kata keikhlasan apabila DSV memberitahu bahawa beliau mengharapkan yang terbaik untuk Iqbal.

“Dato dah happy dah tu. Mula2 marah. Last2 lembut percakapan DSV”, “Syukur, Alhamdulillah suka tgk sikap kematangan kedua2nya..Allah izinkan utk bersahabat kembali”, “Kita kena kencing je..pmainan drama minggu ni”, “Menggelabah je laaaa korang x habis² sampai la kiamat…”.

Itu antara respons netizen di ruangan komen. Apa pun ramai yang suka mereka berdua kembali berbaik dan tak kurang yang masih belum ‘move on’ dengan merasakan akan ada lagi ‘drama’ seterusnya. Sama-sama kita nantikan ya…

Sumber : IG Ahmad Iqbal Zulkefli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!