“Sedap tr0k Sherry nyanyi tiap minggu, tp fishing tu pec4h”- Netizen

Masih belum terlambat lagi untuk mengatakan tentang isu Iqbal di program big stage baru baru ini namun. Bukan itu yang ingin diperkatakan di sini. Melihat daripada perkongsian Sherry Al Hadad di laman instagram nya beliau yang menyanyikan lagu Datuk Siti Nurhaliza. Mungkin agak sedikit gugup kerana penyanyi asalnya berada di hadapan pentas.

Lagu yang didendangkan bersama Alif Satar itu dirakam oleh peminatnya di tv, kemudian Sherry memuat semula video tersebut di laman ig beliau dengan kapsyen meminta markah dan menanyakan kepada Mami Mas Idayu, adakah pitching nya bertaburan.

Namun ramai yang mengatakan Sherry boleh menyanyi, selain itu sambil-sambil Sherry mengacarakan program big stage itu, beliau juga sempat menyelitkan lawak-lawak spontan beliau.

Itu yang membuatkan ramai terhibur dan mengatakan memang beliau layak untuk mengacara program sebegitu. Jika disentuh bab pitching yang sepatutnya menegur ialah abang Ajai.

Namun ditanya tentang pitching nya meskipun ianya bertaburan ketika menyanyi, masih juga kedengaran sedap dan masih ramai yang menyokong beliau.

Walaupun beliau ada bakat dalam nyanyian, tetap merendah diri dan tidak mahu menampilkan diri dalam dunia nyanyian.

Ramai yang memberikan komen yang positif meskipun beliau bukan penyanyi yang sebenar. Ramai yang menyokong kerjaya beliau, ada yang memuji nyanyian beliau sedap dan boleh menyanyi setiap minggu di atas pentas big stage.

Inilah komen-komen peminat beliau yang sentiasa menyokong selain daripada itu ramai juga yang mengatakan bahawa Sherry sudah ramping. Wau, usaha yang baik ya.

Sherry Alhadad juga banyak mengacara kan program-program dan rancangan TV serta banyak juga lakonan yang telah beliau pamerkan di dalam drama-drama beliau berbakat sungguh beliau.

Sumber: ig sherryalhadad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!