“Dia perlu ibu penyayang mcm Shila Amzah utk menjaga dan mendidik, moga ada jodoh”- Netizen

Pasangan yang sudah mendirikan rumah tangga pastinya menginginkan hubungan keluarga yang kekal hingga ke akhir hayat. Pencer4ian hanya difikirkan sebagai solusi dan jalan terakhir bagi menyeselesaikan masalah dalam sesebuah hubungan. Lebih-lebih lagi buat mereka yang sudah mempunyai cahaya mata pasti akan menjadi bertambah berat apabila mengenangkan nasib yang bakal menimpa si anak.

Penyanyi terkenal Nur Shahila Amir Amzah atau lebih dikenali sebagai Shila Amzah sempat meluahkan rasa kesal dan perasaanya selepas mengesahkan pencer4iannya bersama bekas suami iaitu Haris Idraki Elias baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman pahit kehidupannya itu bersama peminat di laman Instagram, dia sudah redha dengan ketentuan jodoh yang telah ditetapkan dan mengaku bahawa tiada siapa yang berkahwin hanya untuk berpisah.

Hubungan percintaan yang pernah terjalin antara Shila Amzah dan Sharnaaz Ahmad dahulu kini mula kembali hangat diperkatakan apabila netizen mula mengaitkan kembali kisah mereka sekarang.

Hubungan sempat putus di tengah jalan dek kerana halangan dan restu dari keluarga, pasti ramai yang masih ingat tentang kontr0versi2 yang pernah melanda dua selebriti tanah air ini.

Sharnaaz mula memberi kata-kata semangat terhadap Shila Amzah semenjak berita pencer4iannya mula berlegar-legar di laman sosial dan sedang hangat dibicarakan ketika itu. Pernah melalui situasi yang sama ketika dahulu bersama Noor Nabila, Sharnaaz juga memberikan harapan dan doa kepadanya agar terus kuat menghadapi cubaan hidup yang dihadapinya ketika itu.

Setelah itu, Sharnaaz sekali lagi mendapat perhatian dari netizen apabila dia memposting sebuah tweet di Twitter dengan mempertahankan Shila Amzah yang ketika itu turut bersaing dalam Anugerah Juara Lagu ke 36 baru-baru ini.

Siapa sangka disebabkan tweetnya yang menarik perhatian ramai itu ternyata telah membuahkan hasil apabila Shila telah berjaya dinobatkan sebagai Juara.

Menyentuh hati dan perasaan para peminat dan netizen, ramai yang terharu apabila melihat keakraban hubungan antara Sharnaaz dan juga anak lelakinya itu yang bernama Jebat Jayden.

Bercer4i sejak Jebat masih berusia 1 tahun, ramai yang prihatin dan kasihan melihat Jebat sehingga mendoakan agar Sharnaaz berjodoh dengan Shila yang memang terkenal sebagai seorang ibu yang penyayang.

Walaupun Sharnaaz dan Noor Nabila sudah membawa haluan masing-masing, tetapi soal anak tidak pernah diketepikan malah diremehkan oleh kedua belah pihak.

Mereka berdua sanggup meredamkan eg0 dan amarah demi membesarkan anak tersayang agar dapat membesar dengan penuh kasih sayang dari kedua ibu bapanya.

Selagi doa dan harapan dari para peminat adalah untuk yang terbaik buat Sharnaaz dan juga Jebat, apa salahnya jika kedua-dua artis ini berjodoh dan mampu membesarkan anak masing-masing dengan sepenuh kasih sayang.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!