“Aku macam faham bila hint hati tgh berbunga ni” – Netizen

Sejak pelawak dan usahawan terkenal iaitu Shuib Sepahtu mengumumkan bahawa dirinya kini sedang dalam fasa mengenali seseorang, pelbagai andaian telah di buat oleh netizen terhadap wanita yang sedang di kenali oleh Shuib itu. Kisah usahawan berkenaan yang sedang mengenali hati budi seseorang seringkali dijadikan topik hangat buat para warganet di luar sana.

Memang ramai yang ingin mengetahui siapakah gerangan wanita yang di maksudkan oleh Shuib tersebut. Malahan dalam sekelip mata sahaja, pelbagai nama telah muncul menjadi calon wanita yang di kaitkan dengan Shuib.

Antara beberapa nama yang telah pun dikaitkan dengan Shuib ini termasuklah pelakon cantik Wan Sharmila, penyanyi Siti Nordiana, adik Datin Heliza Helmi iaitu Hazwani Helmi, Dato Seri Vida dan beberapa orang lagi individu.

Namun begitu Shuib menafikan dengan mengatakan semua nama yang disebut itu bukanlah individu yang sedang beliau kenali. Kongsi Shuib sebelum ini, beliau hanya berkawan namun bukanlah terlalu serius.

Teka teki mengenai wanita berkenaan tercetus gara-gara satu video yang dimuatnaik oleh akaun yang dijaga oleh admin IG Sarah Raisuddin. Walaubagaimanapun ketika ditanya tentang wanita yang dipanggil aunty oleh anaknya, Talita di dalam video tersebut, Shuib sendiri tidak mengenalinya.

Melalui satu temubual yang di lakukan oleh wartawan daripada rancangan melodi sebelum ini, Shuib pernah mengatakan bahawa wanita yang sedang kenalinya ini merupakan orang biasa saja.

Malahan buat masa sekarang, anak-anaknya juga masih lagi belum mengenali wanita berkenaan. Ibu dan keluarga terdekat Shuib juga masih belum berkenalan dengan wanita tersebut.

Ungkap pengasas produk minuman Bumblebee itu lagi, beliau sebenarnya sangat susah untuk menyukai seseorang apatah lagi pula dirinya masih lagi mengenangkan 4rwah isterinya itu setiap hari. Ketika di tanya mengenai pelakon drama 7 hari mencintaiku iaitu Wan Sharmila, Shuib mengakui sangat terkejut.

Bercerita lanjut mengenai Wan Sharmila, Shuib berkata nama pelakon tersebut tidak pernah terlintas dalam fikirannya kerana beliau merasakan dirinya tidak sepadan dengan wanita berkenaan.

Sebagai selebriti yang dikenali ramai, apa juga perkongsian Shuib di media sosial akan menjadi tumpuan dan perhatian orang ramai. Terbaru, pelawak tersebut telah memuatnaik satu video baru di Instagram beliau.

Namun begitu perkongsian video kali ini telah di tulis dengan caption ringkas iaitu Cinta. Di dalam video tersebut juga, lagu latar yang di gunakan pula berjudul Cinta yang juga merupakan lagu nyanyian Marsha yang telah memenangi tempat kedua ketika Anugerah Juara Lagu pada hari ahad yang lalu.

Walaupun sudah beberapa bulan 4rwh Siti Sarah telahpun m3niggalkan mereka namun Shuib berkata beliau agak sukar untuk melupakan 4rwh isterinya itu tambahan pula apabila melihat anak- anak, pasti akan mengingati kenangan bersama 4rwah isterinya itu. Emosi anak- anak beliau kini dalam keadaan stabil namun adakalanya anak- anak berkata bahawa mereka merindui ibu mereka.

Menerusi ruangan komen pula, netizen berbagi reaksi terhadap video tersebut. Ada segelintir netizen yang mahu Shuib memberikan tumpuan beliau terlebih dahulu terhadap anak- anak sebelum mencari pasangan baru.

Tidak kurang juga yang mendoakan agar pelawak berkenaan bertemu jodoh secepat mungkin demi mengubati kesedihan beliau terhadap pemergian 4rwah isterinya sejak bulan Ogos tahun lalu.

Ada sesetengah netizen pula telah mengucapkan tahniah kepada pelawak tersebut kerana telah menemui pengganti. Berikut pula dikongsikan komen- komen netizen.

“amboiii.. kita xde kat tempat dia.. ape dugaan yg dia lalui… Kita x tau… X Salah pun dia mencari kebahagiaan… Bukan dia abaikan anak² dia pun. Lagipun atuk nenek bdk2 pun duk keliling.. haishhh.. jgn gituuu…” – Netizen

“dah kalau jodoh dia, tak kan kita nak halang pulak. Lagi pun dia nak buat ke arah kebaikan dengan membina rumah tangga. Siapa la kita nak tentukan kehidupan orang. Kita hanya mampu merancang, yang menentukan hanya Allah” – Netizen

“btoii..sya sbnr hairan dgn netizen yg beria2 xbg shuib kwin la cri pngtin sarah la..mak shuib sndri pon srh shuib cri pngtin sarah..ank2 prluk4n ksih seorg ibu..lgi pon ank2 kecik lgi lgi2 dikta dia prlu kwn tmpt untk dia luah..” – Netizen

Bercakap mengenai anak yang merupakan penggal4n terakhir 4rwah isterinya iaitu Ayash Affan,  Shuib berkata Ayash telah membesar dengan cukup baik. Berat bayi tersebut kini telahpun mencecah 8 kilogram.

Kesihatan dirinya juga telah bertambah baik namun adakalanya masih belum lagi boleh makan dengan berselera semenjak tiada orang yang nak masakkan untuknya makan.

Sumber: ig shuib sepahtu

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!