“Macam Selena Gomez lah”- Netizen

Sejak hubungan rumah tangga selebriti Bella Astillah dan Alif Aziz mula berbaik, ramai netizen sering mengikuti perkembangan terbaru daripada pasangan suami isteri ini. Walaupun pernah melalui dugaan rumah tangga, Bella dan Aliff masih berjodoh bersama. Netizen juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat Bella dan Aliff memandangkan mereka antara pasangan bahagia.

Melihat Bella menerusi laman sosial media miliknya, beliau masih aktif dalam bidang nyanyian dan sibuk dengan rutin kerjanya yang padat. Bella juga antara peserta bagi program realiti Famili Duo yang sedang ditayangkan di saluran TV3.

Selain sibuk dengan rutin kerja, Bella juga antara duta bagi salah sebuah produk kesihatan wanita. Alhamdulillah buat Bella, rezeki yang sentiasa mengalir buat dirinya dan keluarga.

Baru-baru ini, salah sebuah video yang dikongsi Bella telah menarik perhatian ramai netizen di laman Instagram.

Rata-rata netizen terpegun melihat Bella yang seakan-akan mirip dengan selebriti antarabangsa, Selena Gez menerusi video dikongsi Bella.

Lihatlah Bella yang lengkap dengan gaun dan rambut persis Selena Gomez, memang cantik sangat.

Tak dinafikan, Bella antara selebriti yang awet muda dan berbadan kecil molek orangnya meskipun sudah bergelar ibu kepada dua orang anak.

Video Bella yang kelihatan sedang menaiki kuda putih dan bergaun serba warna pink telah menerima 44,000 tontonan.

Ramai netizen turut memuji kecantikan Bella yang semulajadi dan comel dengan gaun pink miliknya.

Comel betul Bella dah macam Selena Gomez. Apa agaknya tips nak nampak muda macam Bella kan? Hehehe..

Sumber: Instagram bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!