“Kita kat Malaysia kot, pakailah baju leklok skit nak buat talkshow pun” – Netizen

Bukan sahaja berbakat dalam bidang lakonan, pada masa sama, dia juga bijak mengendalikan rancangan bual bicara. Jika melihat gayanya mengendalikan program Studio Sembang berbual dengan artis jemputan, bakat Amelia Henderson atau nama sebenarnya Amelia Thripura Henderson ini tak kurang hebatnya. Nampak cool dan bersahaja dia mengendalikan rancangan tersebut dengan gayanya yang tersendiri.

Pun begitu, dalam pada cantik dan penuh kewanitaan Amelia mengendalikan program itu, penampilannya yang dikatakan agak mencolok mata didakwa tak sesuai dengan masyarakat di negara ini.

Seperti dalam perkongsian teaser promo beberapa rancangan kendaliannya itu sebelum ini, Amelia dilihat memang dah biasa berbusana ‘ala singlet’, jika hendak dibandingkan dengan tetamu jemputannya.

Dalam rancangannya bersama artis, Ernie Zakri seperti dalam hantarannya kali ini, penampilannya masih lebih kurang sama, ditambah bahagian dada lebih luas, selain terdapat ‘ruang udara’ di pinggang kiri dan kanan.

Ya lah… bukan biasa netizen boleh nampak pengacara program berpenampilannya sedemikian. Lazimnya biarpun rancangan berbentuk santai, tetapi tidaklah sesantai itu bajunya… terkejut boboi…

“Kita kat Malaysia kot… pakai la leklok sikit nk buat talk show pun..kat omputih nu buat talk show elok ja pakai baju nya… haiyoooo”, “Amelia.. We love u.. Plz pakai sopan sikit”, “Sksi bebenor”, “harap pakailah baju yg sopan lepas ni..”.

Itu antara komen netizen. Tak kurang netizen yang mencadangkan agar Amelia berpakaian lebih sopan sesuai dengan budaya dan 4gama, bahkan dia dikatakan akn lebih terlihat profesional.

Agak mencuit hati juga komen netizen apabila ada mempertikai yang pengacara talkshow kat negara omputih pun kebanyakannya masih sopan dan tertutup walaupun bicara santai.

Amelia, 28, memulakan kerjaya seni sebagai model iklan, seterusnya muka berlakon dengan membintangi beberapa drama dan filem. Antara lakonannya, filem Talentime arahan 4rwah, Yasmin Ahmad.

Sekadar info, ibu Amelia sorang doktor gigi berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam, bapanya seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson.

Sumber : IG Amelia Handerson

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!