“Mata abg Aeril bila kak Wawa test gelang besar tu haha” – Netizen

Kata orang jika para lelaki yang sudah berumahtangga di luar sana ingin dimurahkan rezeki, kena rajin-rajin belanja dan gembirakan hati isteri selalu. Namun, para isteri pula janganlah ambil kesempatan sehingga meminta yang berada di luar kemampuan pasangan. Kesian pula pasangan tu terpaksa bekerja keras dan merasa terbeban demi memenuhi kemahuan yang tersayang.

Pasti ramai yang sudah tahu dengan pasangan selebriti bollywood yang satu ini. Berkongsi minat yang sama dengan lagu-lagu hindustan, pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal ini sentiasa menjadi perhatian para peminat dan netizen di laman media sosial.

Walaupun Aeril dan Wawa kini sudah dikurniakan empat orang cahaya mata, namun hubungan pasangan  selebriti ini tidak pernah dilanda apa-apa gossip sekalipun dan sentiasa dilihat romantik bersama. Malah keduanya kini sedang merancang untuk membina keluarga besar dengan lima orang anak.

Berjaya membina empayar dalam bidang perniagaan jenama sendiri, Wawa dan Aeril kini lebih fokus dalam bidang perniagaan kosmetik berbanding dunia hiburan. Hasil kerja keras mereka berdua, Wawa sendiri telah berkongsi satu video di Instagramnya yang kini sedang menjadi tumpuan orang ramai.

Naik pening Aeril Zafrel dibuatnya bila si isteri sudah minta untuk dibelikan emas. Keterujaan itu telah dikongsikan oleh Wawa dalam satu videonya yang sibuk bershopping sakan membeli emas dan beg dari jenama terkenal.

Hasil shopping emas dan beg berjenama Aeril dan Wawa itu ternyata bukanlah untuk dirinya sendiri, namun untuk pengikut-pengikutnya di Instagram yang bakal memenangi hadiah-hadiah tersebut.

Bukan sahaja itu, pasangan ini turut menyediakan hadiah berupa televisyen untuk mereka yang bertuah di luar sana.

Terpaksa menunggu Wawa berjam-jam lamanya untuk dia habis bershopping, wajah bosan dan penat Aeril yang lucu telah menjadi sorotan.

Netizen masing-masing memuji sikap Aeril yang tidak berkira mengeluarkan duit demi membahagiakan isteri tersayangnya itu.

Seronok tengok Wawa shopping emas dan handbag. Boleh pilih je mana satu yang berkenan di hati. Patutlah perniagaan Wawa dan Aeril semakin maju, rajin bersedekah pada orang ramai rupanya pasangan hebat ni.

Sumber: Instagram Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!