“Aku je ke perasan gmbr ketiga tu suami dia mcm syed saddiq” – Netizen

Semua orang pasti mengimpikan kehidupan bersama pasangan yang boleh membahagiakan dan dapat memahami hati dan perasaan kita. Semua orang pasti mengimpikan mengadakan sebuah perkahwinan untuk meraikan cinta halal yang telah dijalinkan setelah akad nikah. Yang pasti, kita semua menginginkan seorang pasangan yang bukan sahaja membahagiakan kita malah mempunyai hubungan yang baik bersama keluarga kita.

Siapa tidak mengenali lagi pelakon wanita Puteri Aisyah. Beliau yg memulakan kerjaya beliau dari Dewi Remaja nampaknya sudah mengembangkan sayap dengan jayanya di dalam industri hiburan ini.

Seperti insan lain, Puteri Aisyah juga pasti mahu mengakhiri zaman bujangnya bersama lelaki pilihannya. Beliau yang berusia 27 tahun itu telahpun bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan bernama Firdaus.

Pelakon filem Pulang itu juga telahpun mengikuti jejak Caprice dengan mengakhiri zaman bujangnya pada 21 November hari ini. Beliau yang menerima mas kahwin berjumlah rm300 dan di akad nikah di Ballrooms JW Marriot Kuala Lumpur tadi.

Menjadi raja sehari adalah impian setiap insan dalam dunia ini. Termasuklah juga Puteri Aisyah dan pasangan. Kedua mempelai itu yang mengenakan busana putih menambahkan seri pada hari perkahwinan mereka.

Pelamin pasangan tersebut dilihat begitu bersahaja dan tidak sarat dengan bunga-bungaan. Pendek kata, sedap mata memandang dek tetamu yang datang meraikan perkahwinan mereka.

Dilihat juga majlis tersebut dilakukan secara tertutup bersama keluarga dan rakan terdekat sahaja kerana khuatir akan memperluaskan jangk1tan cvd.

Dilihat juga ahli keluarga pasangan tersebut mengenakan busana berwarna merah jambu bagi menampakkan keserasian bersama pengantin baru itu.

Di dalan ruangan komen pula, ramai rakan artis dan juga warga netizen mengucapkan tahniah kepada Puteri Aisyah dan pasangannya kerana sudah menamatkan zaman bujang masing-masing. Selain itu, ada juga netizen yang menangkap perhatian pada riak wajah suami Puteri Aisyah yang seakan ahli plitik Syed Saddiq.

Walaupun disambut bersama keluarga terdekat, suasana majlis perkahwinan Puteri Aisyah dilihat sangat bahagia dan kelihatan romantis. Puteri Aisyah juga sangat cantik persis bidadari. Tidak hairanlah bunga ini sudah dipetik dari taman.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!