“Aii nak kupas bawang pun buat serram”-Azhan Rani

Populariti pelakon Ummi Nazeera semakin meningkat gara-gara lakonan hebatnya menerusi beberapa drama yang telah ditayangkan baru-baru ini. Meskipun orangnya kecil molek sahaja, namun wajah ‘garang’ beliau mengikut watak yang diberi mampu membuatkan kita sendiri takut. Memandangkan wajah Ummi membawa watak seorang perempuan yang seakan-akan psiko selalu ditunjukkan menerusi drama lakonannya, ramai netizen akui serram melihatnya.

Walau bagaimanapun, lakonan Ummi sentiasa meraih pujian ramai penonton setiap kali beliau berlakon dalam drama. Penonton pun ikut teruja apabila mengetahui Ummi antara barisan oelakon bagi drama tersebut.

Bercerita tentang Ummi, beliau baru-baru ini memuatnaik sebuah video yang ternyata menarik perhatian ramai netizen di laman Instagram. Siapa sangka, Ummi juga sempat ‘berlakon’ sambil mempromosikan produk perniagaan tersebut.

Memang promosi yang dilakukan Ummi cukup lain daripada yang lain sekali. Ummi sempat mengejutkan netizen dengan video terbarunya itu sehinggakan netizen sendiri beranggapan Ummi bakal muncul dalam drama terbaru sekali lagi.

Amboi Ummi, sempat kelirukan netizen ye hehe.. Tapi memang sempoi bila tengok video Ummi itu.

Sementara itu, video Ummi menerima komen daripada rakan selebriti iaitu Azhan Rani yang juga sempat mengusik Ummi.

Komen Azhan Rani mendapat perhatian daripada Ummi sendiri dan terhibur apabila membacanya.

Video Ummi itu telah meraih 150,000 tontonan dan menerima pelbagai respon daripada netizen.

Rata-rata netizen akui Ummi sememangnya cukup handal dengan lirikan matanya. Memang seram bila lihat Ummi macam tu tau..

 

Memang power marketing Ummi ni. Cuma takut tengok muka ps1ko ummi macam tu hehe, seram..

Sumber: Instagram umminazeera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!