“Sang Bara komen yang paling jujur, itu yang sebetulnya juri” – Netizen

Sharnaaz Ahmad pada awalnya dikenali sebagai seorang pelakon lelaki di Malaysia. Beliau memulakan kerjaya sekitar tahun 2009 sehingga kini. Nama Sharnaaz Ahmad semakin dikenali setelah membawa watak Jebat menerusi drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang ditayangkan sekitar Disember 2013 hingga April 2014. Di dalam drama tersebut Sharnaaz bergandingan bersama Nelydia Senrose yang membawakan watak sebagai Hannah Mastura.

Walaubagaimanapun beliau kini sudah semakin memperlahankan bidang lakonan kerana lebih menumpukan perhatian terhadap bidang perniagaan yang semakin berkembang. Selain daripada sibuk menguruskan perniagaan, beliau juga turut aktif membuat ulasan makanan menerusi saluran Youtube beliau iaitu Sharnaaz Ahmad TV.

Saluran Youtube beliau mendapat sambutan dan menerima maklum balas yang menggalakkan daripada para penonton kerana ulasan jujur yang diberikan oleh Sharnaaz amat disukai oleh para netizen. Sharnaaz bukan sahaja menggambarkan rasa makanan tersebut malahan turut menyatakan harga makanan yang dibelinya supaya para penonton dapat membuat penilaian sendiri setelah mengambil kira ulasan yang diberikan beliau.

Menyingkap sisi peribadi pelakon ini, Sharnaaz sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama Noor Nabila iaitu kakak kepada bekas pengacara Meletop Noor Neelofa pada Mac 2017. Walaubagaimanapun perkahwinan tersebut tidak dapat bertahan dan mereka akhirnya berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil daripada pernikahan bersama Nabila, Sharnaz dikurniakan seorang anak lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia 3 tahun.

Malam semalam di pentas akhir Maharajalawak, sebelum mengumumkan peserta yang menang, akhirnya identiti Sang Bara telahpun di dedahkan. Juri yang selama ini berselindung di sebalik topeng Sang Bara adalah pelakon Sharnaaz Ahmad.

Kemunculan Sharnaaz Ahmad telah menerima sorakan gemuruh para peminat kerana nama Sharnaaz merupakan antara nama yang paling banyak menjadi tekaan warganet.

Menerusi perkongsian terkini Sharnaaz di Instagram, beliau memuatnaik sebuah video yang memaparkan pengalaman beliau sepanjang menjadi Sang Bara. Sharnaaz juga berkata beliau merasa sedih kerana terpaksa berpisah dengan rakan sekerja di pertandingan Maharaja Lawak Mega sepanjang 10 minggu bersama.

Sharnaaz turut mengucapkan terima kasih dan meminta maaf sekiranya ada keterlanjuran kata sepanjang beliau menjadi Sang Bara. Jelas Sharnaaz lagi, beliau hanya mahu yang terbaik buat penonton dan juga seni.

Rancangan Maharajalawak Mega membuat kelainan tahun ini apabila menjemput beberapa orang juri baru bagi memberikan komen dan penilaian buat para peserta pada tahun ini.

Mengejutkan apabila barisan juri yang di tampilkan terdiri daripada para pelakon dan penyanyi. Salah seorang juri yang menjadi misteri adalah Sang Bara yang selama ini bersembunyi di sebalik topeng Naga Merah.

Sebagai rekod, identiti Sang Bara tidak di dedahkan sehingga lah pada pentas akhir pertandingan berkenaan. Warganet sebelum ini meneka beberapa nama. Antara nama yang menjadi calon Sang Bara adalah Datuk Ramli MS, Kamal Adli, Sharnaaz Ahmad, Zizan Razak, Johan dan Redza Rosli. Sang Bara sangat tegas dalam penjurian malahan identiti Sang Bara juga dirahsiakan sehinggalah ke episod akhir pertandingan berkenaan.

Penampilan Sharnaaz sebagai Sang Bara dan menjadi salah seorang juri di dalam pertandingan Maharajalawak Mega telah menarik perhatian warganet. Sebelum mendedahkan dirinya sebagai Sang Bara, identiti Sang Bara sering menjadi perbualan para netizen yang berteka teki mengenai siapakan individu di sebalik Naga Merah.

 Bagaimanapun sepanjang penglibatan Sang Bara di dalam pertandingan Maharajalawak Mega ini, komen- komen yang diberikan oleh Sharnaaz sangat jujur demi para peserta memperbaiki persembahan mereka. Berikut dikongsikan komen-komen netizen.

“Thanks Sharnaaz sebab bagi komen jujur. Takde jaga2 hati bagai. Semua demi yang terbaik untuk industri lawak. Next year jika masih ada di MLM maybe Sharnaaz boleh bg cadangan, ambil yang benar2 layak lah untuk berada di kerusi juri.

Bukan sekadar untuk nampak menarik dalam tv buat cuci-cuci mata penonton tapi pengalaman masih belum banyak dikutip. Ape2 pun, you did a good job. Saya tak tgk MLM2021. Tapi saya selalu tunggu video komen Sang Bara yang peminat masukkan dalam TikTok setiap minggu.” – Netizen

Sebagai rekod program lawak Maharajalawak Mega ini telah menobatkan kumpulan Tiro sebagai juara dan meletakkan kumpulan Puteh di tempat kedua. Kumpulan Boro pula mendapat tempat ketiga diikuti oleh kumpulan Bahye dan juga kumpulan Tobat di tempat kelima.

Sumber: ig sharnaaz ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!