“Adoi wani, 4 kali aku tengok tergelak”- Netizen

Penyanyi Wany Hasrita, kita sering lihat beliau hebat dalam persembahan nyanyiannya. Suara merdu Wany antara pilihan ramai pendengar dan mempunyai peminat yang ramai. Karier nyanyian Wany juga semakin mendapat sambutan daripada peminatnya. Malah siapa sangka, di sebalik kehebatan Wany bernyanyi rupanya Wany seorang yang kelakar dan suka menghiburkan netizen.

Selalu kita lihat Wany hebat bernyanyi di atas pentas namun kali ini, Wany sering berkongsi video lucu menerusi Tiktok yang berjaya mencuri tumpuan netizen.

Video terbaru Wany berkongsi video berkepala besar dengan mimik mukanya yang melucukan. Tengok gelagat Wany ni, memang boleh buat kita tergelak tengok dia.

Video Wany yang dimuatnaik semula oleh instagram Astro Gempak telah menjadi perhatian netizen sehingga ditonton hampir 22,000 tontonan.

Rata-rata netizen memberitahu, mereka cukup terhibur selepas melihat ekspresi muka Wany meniru gaya percakapan daripada salah sebuah dialog itu.

Video Wany itu telah menerima hampir 5,000 tamda suka dan disukai ramai netizen. Memang penghibur betul Wany..

Sementara itu,melihat pada perkembangan Wany beliau kini sibuk dengan menjadi beberapa duta koleksi baju raya yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Wany juga dilihat sibuk dengan rakaman studio bagi rancangan memasak untuk slot ramadan bersama teman seperjuangannya iaitu Khai Bahar.

Berkenaan soal hubungan cinta pula, Wany belum mengumumkan sebarang berita dan tiada ura-ura lagi tentang kisah cinta Wany.

Betul-betul menghiburkan lah Wany ni. Tengok video Wany pun suka melawak. Selalu tengok Wany serious bernyanyi je hehe..

Sumber: Instagram Astrogempak

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!