“Ghisau dia dok picit kaki tu, ghisau paatah jer” – Netizen

Kalau sudah namanya pelakon perlulah menjiwai watak lakonan yang diberikan. Sekiranya penonton terasa terkesan dengan watak yang dilakonkan, itu lah baharu karektor pelakon itu dikatakan ‘sampai’. Barangkali itulah jua yang berjaya dilakukan oleh pelakon kecik molek yang cantik jelita, Intan Najuwa ini tatkala netizen pantas memberikan respons terhadap mutu lakonannya.

Buktinya, berkongsi sahaja beberapa kompilasi rakaman pendek aksinya untuk sebuah slot drama daripada adaptasi sebuah novel, hantaran Intan itu berjaya menarik hampir 200k tontonan dalam masa 24 jam.

Agak mencuit hati, apabila lakonannya bersama aktor, Idris Khan itu mendapat maklum balas netizen ketika part lelaki itu melakonkan watak sedang mengurut bahagian pahanya. Maklum dengan saiz tubuh Intan yang kecil molek, tak kurang yang risau kaki wanita itu yang dipicit-picit boleh paatah.

Adoilah… Prihatin betul netizen ni ya… Apa tidaknya, tubuh Idriz memang agak sado apatah lagi digandingkan dengan Si Intan yang genit, ketara beza fisik kedua-duanya. Apa pun mereka memang nampak serasi betul apabila digandingkan bersama dalam drama itu.

Ramai juga yang bersetuju bahawa watak dilakonkan oleh kedua-duanya nampak kena. Pendek kata jika bergelar pasangan kekaasih di luar lakon layar juga dikatakan kelihatan serasi. Apa pun hanya Intan dan Idris saja yang tahu apa dalam hati mereka kan?

Selain berlakon, Intan Najuwa Abdul Wahid yang lahir pada 18 Ogos 1997 seorang model. Intan dikenali menerusi watak lakonannya sebagai Abby dalam drama Hantu Punya Bos.

Selain Idris beliau pernah digandingkan dengan pelakon senior dan sado lain seperti Remy Ishak di dalam drama Kekaasih Paksa Rela. Beliau juga dikenali menerusi drama Setelah Ku Dimiliki bersama pelakon terkenal Zul Ariffin. Selain itu, sebelum bergelar artis, Intan juga dikhabarkan merupakan seorang penulis blog yang kreatif dan menarik.

Pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar Rusli, awal tahun lalu, aktres itu mengakui perhubungan mereka telah putus di pertengahan jalan. Ramai menebak ia disebabkan faktor perbezaan kerjaya dan jarak usia 16 tahun antara mereka.

Ironinya, Razrul pernah terpalit dengan dengan rakaman foto mesra Intan dengan Idris dan Zul Ariffin. Bagaimanapun Intan menafikan perpisahannya dengan Razrul disebabkan oleh mereka mahupun dek orang ketiga.

Apapun moga Intan dapat bertemu pasangan hidup yang serasi bersama dan bahagia selamanya. Lagipun beliau masih muda, pasti sedang banyak perancangan hidup yang lain dirancang olehnya. Selamat maju jaya Intan Najuwa.

Sumber : Ig Intan Najuwa

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!