“Jujur mmg menyanyi bkn kepandaian Iqbal. Sbgai juri pro, Ajai xperlu sentuh duit segala tu”- Netizen

Entah apa agaknya yang difikirkan jejakan nan seorang ni. Sekali pandang kalau dilihat dari luaran, dia dah cukup serba serbi terutama dari segi kewangan. Begitupun, tanpa teragak-agak, dia memberanikan diri untuk terjvn pula dalam dunia seni nyanyian. Ramai rasa sangsi setakat mana kemampuan Iqbal untuk membawa dirinya ke persada itu, apatah lagi bakatnya dikec4m hebat baru-baru ini.

Apa tidaknya dek suaranya yang ‘agak ke laut’ apatah lagi ketika menyertai sebuah program besar buat seorang penyanyi, ramai menasihatinya agar mengambil keputusan untuk mengundurkan diri sahaja. Ramai menggesa usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkefli agar menumpukan pada perniagaannya saja.

“Fokus pd bisnes… lupakan dunia glamor… stop jd bahan permainan org.. cari kbhgiaan dgn dekat pd Allah… jgn cemari dunia muda mu dgn prkara yg lara .. Allah sayangkn ank muda yg berhijrah.. guna kakayaan yg Allah bg utk ibadah..bukan utk duniawi smata2..”,

“awk xde bakat dlm nyanyian…duit x blh beli bakat…semoga berjaya di masa akan dtg…”, “Bakat dlm berniaga… Jgn bazirkan duit buat lagu.. respect bal tabah dgn kec4man netizen”, “Jangan r0sak kan industri seni….anda tidak berbakat”, itu antara komen netizen.

Dalam pada itu, tak kurang juga yang memberikan semangat kepada bekas pembantu usahawan femes, Datuk Seri Vida itu agar tidak mudah berputus asa. Apatah lagi ketika di awal kemunculannya, Iqbal menegaskan hendak mencuba sesuatu yang baru buatnya.

Apa pun bukan setakat netizen, mereka yang memberikan komen pedas kepada pemuda berasal dari Pasir Mas, Kelantan berusia 28 tahun ini juga ialah individu dalam industri nyanyian sendiri, antaranya komposer terkenal, Ajai.

Antara kata-kata Ajai yang banyak ‘dipetik’ oleh netizen ialah bakat Iqbal dikatakan hanya sesuai di bidang bisnes sahaja dan bukan di bidang nyanyian, justeru lebih elok tumpukan perhatian terhadapnya. Duit tak boleh beli bakat…katanya.

Apa pun tak kurang pula yang mempertikaikan kritikan Ajai itu. Ada memberikan komen jujur bahawa Iqbal memang tidak pandai menyanyi dan meminta Ajai memberikan komen terhadap hal itu sahaja serta bukan menyentuh hal duit segala itu.

Kata mereka, jika dah menyentuh hal di luar bidang Ajai, itu sudah kelihatan semacam tidak professional dan semacam ada ‘isu’ dengan Iqbal pula. Lebih pedih… Ajai sendiri dikritik nyanyiannya yangt dikatakan tidak se’best mana… Adeh memacam netizen ya…

Dalam masa sama, Iqbal juga seakan sudah lali dengan pelbagai komen pedas diterimanya, begitupun masih mengharapkan sokongan netizen buatnya seperti dalam hantarannya kali ini yang meminta pendapat ramai. Apa pun selamat maju jaya buat Iqbal.

Untuk info, berada di pentas Big Stage untuk kali kedua semalam, ramai yang tidak berpuas hati dengan mutu nyanyian Iqbal. Apa pun tak kurang pula yang kagum dengan keputusannya untuk meneruskan perjuangan di pentas itu walaupun teruk menerima kritikan netizan.

Sumber : Ig Ahmad Iqbal Zulkefli

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!