“Eeii rasa nak tampor je muka Si Ana tu”- Netizen

Masihkan anda ingat lagi filem Maria Mariana yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu? Gandingan mantap barisan pelakon antaranya Erra Faziera dan Ziana Zain berhasil membuatkan penonton menyukai lakonan mereka. Jika kita lihat semula filem Maria Mariana yang sehingga kini masih ditayangkan di televisyen, Erra dan Ziana cukup menjiwai watak mereka menerusi filem tersebut.

Siaap sangka, filem kegemaran ramai itu genap 25 tahun berlalu telah ditayangkan sejak 1996. Dialog antara Ziana Zain dan Erra Faziera masih segar di ingatan penonton.

Bahkan pengacara Meletop iaitu Nabil Ahmad sempat membuat parodi bersama Erra Faziera baru-baru ini selepas Erra dijemput menjadi pengacara jemputan rancangan Meletop.

Reaksi wajah Nabil meniru gaya percakapan watak Mariana lakonan Ziana Zain menghiburkan ramai netizen selepas melihat video tersebut.

Video tersebut juga dikongsi oleh Erra Faziera menerusi Instagram miliknya. Rata-rata pengikut Erra memberi pelbagai reaksi menerusi ruangan komen dan ada juga yang meluahkan perasaan geram melihat riak wajah Nabil itu.

“Eii rasa nak cepuk je muka nabil ni, tengok berkali-kali mmg tak henti gelak”-Netizen

Sementara itu, video Nabil bersama Erra itu telah menerima kira-kira 639,000 tontonan. Mrmang lawak habis muka Nabil ye..

Rindu nak tengok lakonan Ziana Zain dan Erra Faziera dalam Maria Mariana. Gamit memori betul bila tengok cerita tu..

Sumber: Instagram Erra Faziera

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!