“Kpala saje semalam nk siap sejam”- Adira Suhaimi

Menjadi seorang selebriti bukanlah senang. Bukan sahaja bakat yang diperluk4n, tetapi juga dengan kesabaran menghadapi dugaan seorang selebriti. Seorang selebriti khusus untuk penyanyi, mereka perlu dilihat sehabis baik pada penampilan mereka ketika melakukan persembahan. Penampilan ini akan membuatkan penonton bukan sahaja terpegun dengan suara tetapi juga kagum dengan kecantikan penyanyi tersebut.

Siapa tidak mengenali Adira Suhaimi, salah seorang bekas pelajar Akademi Fantasia. Beliau yang berasal dari Sabah itu sudah berumur 31 tahun.

Menyanyi adalah minat yang lama terpendam bagi Adira. Dengan minat itulah timbul bakat Adira dan beliau berusaha menaiki tangga kejayaan dan membina nama dalam industri tempatan.

Beliau juga telah berjaya dilabel sebagai ‘Queen of Soundtrack’ dek kerana lagu-lagunya banyak menjadi ‘soundtrack’ drama-drama popular tempatan.

Menjadi seorang penyanyi sememangnya bukan mudah untuk Adira. Ini kerana seorang penyanyi perlu menghabiskan masa dalam mempersiapi diri untuk persembahan nyanyian mereka.

Baru-baru ini, Adira telah berganding bahu melakukan persembahan nyanyian dalam konsert Nafas Cinta Khai Bahar bersama Aina Abdul.

Dilihat di dalam video tersebut beliau sedang bersiap sedia untuk menjayakan konsert tersebut. Dilihat beliau mengenakan busana berwarna putih dan hijab yang berbentuk seperti bunga. Beliau juga sempat akui bahawa untuk menyiapkan hijav berbentuk bunga tu mengambil masa selama sejam.

Netizen ramai yang memuji kecantikan Adira mengenakan busana putih dan ada yang sempat memuji berkata Adira orang yang berkulit putih maka akan sesuai juga dengan busana putih itu.

Sememangnya bukan senang untuk mendapatkan kualiti servis busana seperti Adira dapatkan. Ini kerana terdapat orang yang betul-betul berbakat yang mampu merealisasikan sebuah idea itu untuk tontonan ramai.

Sumber : instagram Adira Suhaimi.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!