“Tak baik menunjuk, nak menunjuk biar ada ilmu. Biar benda tu manfaat” – Datin Shahida tegur Dato’ Aliff

Sudah kita ketahui, seorang isteri adalah tulang belakang seorang suami di dalam suatu rumahtangga. Bukan sahaja membantu dan menyokong suami dalam apa jua kebaikan yang suami buat, tetapi juga menegur suami untuk menjadi contoh dan ketua yang bagus kepada bukan sahaja anak-anak tetapi juga kepada mata orang lain di luar sana.

Ramai juga mengenali Datin Shahida, isteri kepada jutawan Malaysia Dato’ Aliff Syukri adalah seorang isteri yang penyabar dalam melayani kerenah anak-anak dan suaminya. Walaupun keluarga mereka selalu kelihatan mewah, namun Datin Shahida dilihat sebagai seorang yang sangat rendah diri dan sangat menjaga auratnya.

Datin Shahida juga dilihat sebagai seorang wanita yang tidak teragak-agak untuk menegur suaminya jika beliau merasakan tindakan suaminya tidak betul.

Beliau rasa bercakap jujur kepada pasangan adalah sangat penting supaya pasangan kita sedari tindakan mereka tidak betul.

Baru-baru ini, dalam video kongsian Dato’ Aliff dimana Datin Shahida berkata mahu mempromosikan tudung keluaran produk mereka namun Dato Aliff pula mahu menunjukkan barang kemas kepunyaan keluarga mereka.

https://www.instagram.com/tv/CPikchZp77z/?utm_medium=copy_link

Di dalam video tersebut dilihat ketika Dato’ Aliff ingin menunjukkan barang-barang kemas mereka yang telah disimpan sejak 10 tahun lalu namun Datin Shahida cuba untuk menghalang Dato’ Aliff dari menunjuk barang-barang tersebut pada netizen.

Tetapi Dato’ Aliff berkeras mahu menunjuk juga dan ketika itu jugalah Datin menegur tidak elok menunjuk-nunjuk kemewahan.  Datin juga berkata jika mahu menunjuk biarlah perkara itu memberi manfaat kepada netizen yang melihatnya. Datin juga bersambung berkata elok menyimpan emas untuk masa depan keluarga.

Netizen seperti biasa ada juga yang mengecam Dato’ Aliff namun ada juga yang menyokong dengan mengatakan niat Dato’ Aliff hanya mahu memberi inspirasi kepada netizen dan mahu mengajak mereka bersama-sama berjaya dengannya.

Kita harus contoh sifat Datin Shahida yang selalu merendah diri walaupun ketika hidup dalam kemewahan. Untuk perkembangan mereka, Dato’ dan Datin sangat aktif dalam mempromosikan produk-produk mereka keluaran AS legasi.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!