“Siksa betol tengok Aaron angkat kaki, jarang hero b0lat”- Netizen

Jika disebut tentang pelakon berbakat Aaron Aziz, pasti anda terbayang lakonan aksi Aaron menerusi filem atau drama tempatan. Setiap lakonan jejaka yang berasal dari Singapura ini sememangnya memikat hati penonton sehingga kini. Mana tidaknya, lakonan Aaron cukup hebat dan tak disangkal lagi. Apa saja watak yang dilakonkan, pasti mampu dihayati olehnya. Terbaik Aaron.

Mengikuti perkembangan Aaron, beliau masih aktif berlakon dan bakal muncul sebagai watak utama menerusi drama terbaru Takdir Cinta Dhia. Drama tersebut juga, Aaron bakal berganding bersama barisan pelakon hebat iaitu Elvina Mohamad, Shah Jaszle dan lain lain lagi.

Baru-baru ini, salah satu babak aksi Aaron telah menerima perhatian daripada netizen. Setelah sekian lama Aaron tidak muncul sebagai watak utama, kali ini Aaron tampil dan penampilannya mengejutkan ramai netizen.

Penampilan Aaron yang terkini kelihatan lebih berisi berbanding sebelum ini. Namun masih hebat berlakon seperti dahulu.

Penampilan terbaru Aaron telah dikongsi oleh rakan sekerjanya iaitu Elvina sendiri menerusi posting video di Instagram.

Video tersebut menunjukkan salah satu babak aksi Aaron sebagai hero menyelamatkan Elvina menerusi drama terbaru mereka. Walaupun Aaron dilihat semakin berisi, lakonannya jarang sekali mengecewakan.

Ramai netizen menerusi ruangan komen cukup teruja dan tidak sabar untuk melihat drama terbaru lakonan Aaron yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Sementara itu, video dikongsi Elvina telah menerima 265,000 tontonan dan 19,000 tanda suka.

“Aaron dah berisi sekarang, Malik dah tak larat mana dah tu nak bertmb0k, zaman kl gster padu”- Netizen

Sumber: Instagram elvinamohamad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!