“Selalu muka mirul xde perasaan, tmpt sejuk enjoy je muka tu”- Netizen

Setiap manusia punyai sifat dan identiti sendiri. Sifat dan cara personaliti setiap dari kita ini juga dipeng4ruhi dari orang terdekat dan keadaan keliling. Personaliti kita inilah yang akan diperhatikan masyarakat sebelum mereka berhasrat untuk bergaul dengan kita. Kadang kala terdapat personaliti dan sifat kita yang kurang disenangi manusia lain. Namun menjadi diri sendiri itu penting dan tidak memikirkan apa yang manusia lain fikir tentang kita itu maknanya kita menerima dan diri kita seadanya.

Siapa lagi tidak mengenali pelakon dan pengacara, Ain Edruce. Beliau yang memulakan karier beliau sejak tahun 2011 dan membina nama sehingga sekarang.

Pada tahun 2019, beliau telah sah menjadi isteri kepada seorang jejaka bernama Amirul Hafiz Mustaffa iaitu seorang ahli perniagaan dan dikurniakan seorang anak perempuan bersama.

Sering kali di laman ig Ain Edruce, beliau suka berkongsi aktiviti harian beliau dan suami. Dan ternyata personaliti Ain dan Amirul sangat berbeza dimana Amirul seorang yang sangat pendiam dan Ain pula seorang yang suka bercakap dan petah berkata-kata. Namun, walaupun Amirul dilihat sebagai seorang yang senyap, beliau rajin melayani kerenah isterinya itu.

Itulah namanya melengkapi antara satu sama lain. Tidak semestinya perlu personaliti sama dengan pasangan baru jumpa keserasian. Tapi bagaimana kita harungi dan menerima pasangan kita seadanya.

Baru-baru ini Ain Edruce berkongsi beberapa gambar beliau telah sampai ke bumi Switzerland bercuti bersama suami dan anaknya. Dilihat beliau berkongsi permandangan di puncak sebuah gunung di sana.

Dilihat juga di dalam ‘ig story’ beliau, beliau sekeluarga menaiki kereta kabel untuk ke puncak gunung tersebut. Dan dilihat mereka sekeluarga tidak kelihatan g4yat dengan ketinggian kereta kabel tersebut.

Netizen sangat terkejut melihat Ain Edruce sekeluarga dalam diam sudah sampai ke Switzerland. Ada juga yang terhibur melihat riak wajah Amirul yang dimana mereka mengatakan kelihatan sangat teruja dengan kawasan yang sejuk kerana selalunya riak wajah Amirul sering dilihat sebagai seorang yang tiada perasaan.

Sesiapa pun yang pergi ke Switzerland pasti akan merasai keseronokan itu. Begitu juga Amirul dan Ain meraikan hasil titik peluh mereka dengan pergi bercuti di negara orang.

Artikel ini disediakan oleh Medi Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!