“Dlm rumah sy ada 5 org anak, 3 org anak buah 1 maid, jgn cari salah jer check dulu”- Erma Fatima

Dalam tempoh perintah kawalan pergerakan ini, ramai juga insan-insan yang terkesan dari perintah ini. Ada yang terkesan kerana kehilangan pekerjaan dan tekanan hidup, ada juga terkesan kerana tidak dapat berjumpa dengan orang tua tercinta di kampung halaman. Namun, ada juga segelintir yang masih mensyukuri perintah kawalan pergerakan ini diteruskan kerana masih dpat bersama keluarga dalam 1 rumah.

Siapa tidak mengenali pelakon watak Mak Cun iaitu Erma Fatima. Beliau sering berkongsi momen beliau bersama keluarganya di waktu perintah kawalan berkurung selain dari mempromosikan drama bersiri Mak Cunnya.

Walaupun dalam tempoh perintah kawalan pergerakan telah diteruskan sehingga 28 jun ini, namun Erma Fatima tidak cepat melatah.

Malah beliau rasa bersyukur kerana tempoh PKP ini bersambung kerana beliau rasa lebih rapat dan lebih masa terluang untuk beliau bersama dengan anak-anaknya.

Baru-baru ini, beliau berkongsi momen beliau bersama keluarga beliau sedang makan malam bersama.

Didalam video tersebut dilihat Erma Fatima berkata selamat menyambut hari sambungan PKP. Beliau bersambung lagi ahli keluarganya ramai dalam 1 rumah membuatkan beliau dan keluarga tidak merasa kosong ketika berada dalam tempoh PKP sekarang.

Netizen sangat menyukai melihat rasa syukur Erma Fatima dan sentiasa positif walau apa jua keadaan. Namun, biasalah; artis tidak pernah lari dari dikec4m netizen.

Dilihat didalam komen tersebut, terdapat netizen yang mengatakan Erma Fatima dan keluarganya melnggar undang-undang SOP.

Namun disangkal terus oleh Erma Fatima dengan mengatakan di dalam rumahnya terdapat 5 orang penghuni dan seorang pembantu rumah. Beliau menegaskan kepada netizen tersebut supaya jangan mencari salah selalu dan ambil tahu dahulu perkara yang benar.

Hidup sebagai seorang yang dikenali pasti ada yang tidak puas hati. Makanya, kita sebagai individu harus mengubah cara kita memandang kehidupan orang lain dan bersyukur dengan kehidupan sendiri.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!