“Nak tunjuk ke Zayne daddy dia dulu mcm mana” – Mat Dan

Siapa sahaja yang tidak mengenali selebriti dan pengacara Mat Dan berdrah kacukan Melayu-England ini, cukup terkenal dengan kepandaiannya bertutur dalam bahasa Melayu serta berdialek negeri Terengganu. Mat Dan yang asalnya seorang pengembara telah menetap di Malaysia sejak 2009 selepas mengembara ke Pulau Kapas. Dari situ bermulanya kehidupan Mat Dan di Malaysia dan mengenali dialek negeri Terengganu.

Bercerita mengenai Mat Dan, baru-baru ini Mat Dan telah berkongsi foto lama yang menunjukkan badannya bertatu. Tujuan asal posting foto itu hanyalah sekadar mengimbau masa lampau dan ingin menunjuk kepada anaknya imej dirinya ketika usia muda.

Namun, foto Mat Dan yang bertatu itu menerima teguran daripada netizen. Sebahagian daripada netizen menganggap foto lama Mat Dan itu tidak bersesuaian untuk dimuatnaik di laman media sosial kerana Mat Dan sudah pun memeluk Islam.

Sebahagian netizen juga berpendapat, foto Mat Dan bertatu itu hanyalah membuka aib sahaja dan tidak sepatutnya ditunjukkan pada khalayak ramai.

Posting Mat Dan telah menerima pelbagai reaksi dariapda netizen di ruangan komen. Ada juga sebahagian netizen yang mengusik Mat Dan mengatakan imej Mat Dan dahulunya seperti salah seorang anggota kumpulan The Beatles.

“Tutuplah aib kamu, Allah akan tutup aib-aib kamu yang lain. Tatoo i fluence not a good thing.”- Netizen

“Fuh macam geng the beatles lah”- Netizen

“Wow beatles style”- Netizen

Dalam pada itu, menerusi temubualnya bersama mStar, Mat Dan juga memohon maaf ke atas kekhilafannya dan menerima teguran daripada netizen dengan hati yang terbuka.

Mat Dan juga berhasrat ingin membuang tatu tersebut namun cara menghapuskan tatu itu bakal memudaratkan serta mngalkan kesan pada badannya.

Sumber: Instagram Mat_Dan1, mstar online

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!