“Yes ni suara Wawa tp bkn bmksd Wawa nk jd penyanyi. Jgn risau i sedar diri” – Wawa Zainal

Nama Wawa Zainal yang dahulunya dikenali sebagai pelakon kini semakin menyerlah sebagai seorang usahawan kosmetik. Beliau yang kini menerajui perniagaan Wawa kosmetik bersama suami yang juga pelakon Aeril Zafril kini melebarkan sayap dengan menampilkan produk baru untuk penjagaan kulit. Bukan mudah untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya seperti hari ini. Pelbagai liku yang terpaksa diharungi oleh mereka berdua walaupun ketika itu pasangan ini sudahpun popular sebagai pelakon.

Pasangan ini tidak terlepas daripada asam garam dan k0ntrov3rsi bergelar artis apabila mereka berdua mengambil keputusan berkahwin secara rahsia kerana telah melnggar kontrak dengan syarikat yang menaungi mereka berdua sebagai pelakon ketika itu.

Ekoran k0ntrov3rsi berkenaan nama pasangan ini mulai malap dan membuatkan mereka berdikari untuk mencari sumber pendapatan lain demi menyara kehidupan ketika itu.

Luahan dan perkongsian pasangan tersebut mengenai kesusahan yang dilalui ketika k0ntrov3rsi berkenaan dikongsikan semasa muncul dalam program yang dikendalikan oleh Datuk Aznil Hj Nawawi iaitu Heart to Heart.

Rezeki akhirnya berpihak kepada pasangan ini apabila kini mereka berdua mampu hidup senang setelah melalui pelbagai cabaran sebelum ini.

Sebagai pasangan pelakon apabila menceburi bidang perniagaan, mereka mempunyai kelebihan dalam mempromosikan produk keluaran mereka.

Nama mereka berdua yang sudah cukup dikenali membuatkan mereka juga turut terlibat menjadi duta dalam mempromosikan produk.

Muatnaik terkini di Instagram Wawa Zainal adalah satu video dipercayai drama ringkas untuk mempromosikan produk keluaran syarikat beliau.

Menariknya atas saranan suaminya Aeril yang ingin menjimatkan kos, Wawa sendiri yang menyanyikan lagu latar drama tersebut.

Namun Wawa sempat menjelaskan bahawa beliau tidak berniat untuk menjadi penyanyi dan masih sedar akan keupayaan diri.

Peminat bagaimanapun memuji suara Wawa Zainal kerana dirasakan mempunyai potensi dan boleh pergi lebih jauh jika digilap. Berikut dikongsikan komen-komen yang ditulis netizen.

Beruntung pasangan suami isteri ini yang mempunyai bakat lakonan dan boleh mempromosikan produk keluaran syarikat mereka sendiri tanpa menggunakan model lain.

Tambahan pula berlakon dengan suami sendiri tiada halangan jika ada babak bersentuhan. Semoga terus maju jaya Wawa dan Aeril.

Sumber : ig wawa zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!