“Dulu aku pun sweet mcm ni tau, dulu lah. Happy birthday Janna” – Sharnaaz Ahmad

Tanggal 1 Jun merupakan hari ulang tahun kelahiran kepada selebriti serba boleh iaitu Janna Nick atau nama sebenar beliau Nurul Jannah binti Muner. Beberapa tahun dalam industri hiburan Janna telah berjaya mengembangkan bakat dan kerjaya seninya dalam pelbagai bidang seperti lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Baru-baru ini beliau juga telahpun mengarah telemovie pertama beliau yang berjudul Delen.

Meskipun berjaya mengembangkan kerjaya beliau dengan luas dalam tempoh masa yang singkat, namun Janna juga seperti mana artis lain yang tidak lepas daripada menerima k3cam4n dari netizen apabila telemovie pertama nya menerima kritik4n hebat.

Salah satu nama watak dalam telemovie berkenaan menimbulkan k0ntrov3rsi kerana menggunakan nama seorang artis Korea popular dan menyebabkan Janna telah disrang oleh para peminat Korea di Malaysia.

Ekoran itu, report polis telah dibuat dan satu sidang media juga telah diadakan untuk menjelaskan isu itu. Janna juga menggmparkan para peminat apabila baru-baru ini mengaku telah menghiidap penyaakit bip0lar dan kemurungan. Beliau kini sedang menjalani rawatan dengan pakar saakit jiiwa.

Ramai yang bersimpati dengan nasib pelakon muda berbakat besar ini. Bagaimanapun Janna bertuah dikurniakan seorang teman lelaki yang cukup memahami dan penyayang seperti Dini Schatman yang sentiasa menyokong dan memberikan sokongan emosi buat Janna selama ini.

Setelah beberapa lama menyepi dari media sosial Janna mulai aktif memuatnaik beberapa posting mengenai kerjanya untuk hebahan peminat. Terkini bersempena hari ulang tahun kelahiran Janna, Dini telah membuat kejutan dengan menghadiahkan Janna sebuah skuter.

Video kejutan sambutan hari lahir itu dikongsikan Janna di instagram untuk tatapan para peminat dan mengabadikan kenangan tersebut di media social termasuk YouTube.

Melihatkan kegembiraan yang terpancar di wajah Janna ramai yang mendoakan agar hubungan Janna dan Dini berakhir di jinjang pelamin dan rata-rata peminat turut memberikan ucapan hari lahir yang ke 26 buat pelakon kesayangan ramai itu.

Apa yang mencuri perhatian adalah komen ucapan hari lahir yang ditinggalkan oleh pelakon Sharnaaz yang mengimbau kenangan beliau yang lalu dan mengatakan dirinya juga seperti pasangan tersebut dahulu.

Walaupun terselit hiburan namun agak mendalam maksud komen yang ditinggalkan oleh Sharnaaz itu. Bagaimanapun Sharnaaz turut memberikan ucapan lahir lahir dan mendoakan yang terbaik untuk Janna.

Memang sweet betul layanan Dini terhadap Janna. Hubungan Janna dan Dini juga sudah berlangsung beberapa tahun dan sudah mengenali hati budi masing-masing.

Pasangan ini juga sudah memasuki usia yang sesuai berumahtangga. Mudah mudahan urusan mereka untuk mendirikan msjid dan membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya dipermudahkan.

Sumber : ig janna nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!