“Tak baik kesian bambam”- Netizen

Bila kita melancong ke luar negara, jadi satu kelainan apabila kita mengajar warganegara tersebut bercakap dalam Bahasa Malaysia. Apatah lagi ada slang dan pelatnya, selain itu makna perkataan tersebut pula membuatkan ramai yang geli hati dan menghiburkan. Mujur bukan mengajar kata-kata yang tidak baik. Peminat pula seronok melihat artis luar negara berbahasa Malaysia, ia sesuatu yang menarik.

Andi Bernadee, berada di Korea untuk pengambaran Master In The House Malaysia. Bertemu dengan Bambam dari kumpulan Got7, itu sesuatu yang mengujakan kerana Bambam agak popular di Korea dan Malaysia.

Sempat menyakat untuk beliau berbahasa Malaysia, ‘mak kau h1jau’, lalu Bambam pun mengajuknya, wahal dia sendiri tidak memahami apa maksud yg dia katakan, Andi ketawa meny4kat.

Video yang Andi muat naik berdurasi kurang dari 10 saat itu mendapat lebih 7.7 juta tontonan dan lebih 1.3 juta sukaan.

Sebanyak lebih 26 ribu jumlah komen yang ditinggalkan di ruangan komen yang mana rata-rata mengenali dan meminati Bambam.

Pada mulanya sekadar suka-suka, Andi Bernadee tidak sangka videonya menjadi tular di media sosial, dan dia tidak menyangka mendapat perhatian sebegitu ramai.

Andi Bernadee, 31, bujang dan masih belum bersedia untuk berkahwin kerana belum menemui pilihan hati yang sesuai.

Pengalaman Andi bersama Bambam selama 2 hari, Andi menyatakan bahawa beliau seorang yang rendah diri dan mesra. Dia juga dikagumi oleh Andi kerana sikapnya yang mudah bekerjasama dan senang untuk berbual mesra.

Duduk disana tempat orang tu jaga diri Andi, jangan asyik menyakat saja. Nanti awak pula yang terkena, hehe…

Sumber : ig andibernadee

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!