“Mur0ng aku dengar, tapi xpe la janji dia bahagia” – Netizen

Setiap individu yang ada di dunia ini pasti mempunyai bakat mereka yang tersendiri. Ada yang pandai melukis, memasak, menyanyi dan banyak lagi. Namun kata orang, bakat tanpa usaha pasti tiada hasilnya. Jika berbakat dan minat dalam nyanyian, latihan harian dan khidmat guru vokal pasti dapat membantu memantapkan lagi suara dan bakat yang ada. Semua pilihan terletak di tangan masing-masing.

Nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan sebagai seorang pengarah, penerbit dan penulis skrip kini telah berubah angin terhadap kariernya. Michael Ang Hai Swee yang juga sangat terkenal dengan sikap bersahajanya ini merupakan seorang pelakon dan pengarah hebat yang telah menerbitkan berbagai filem, drama dan juga telefilem di Malaysia.

Sekali lagi membuat kejutan kepada orang ramai serta rakan-rakan selebriti, ramai yang masih tidak sangka dengan bakat lain yang ada dalam diri Michael Ang ini.

Sharnaaz Ahmad yang juga merupakan rakan baik kepada Michael Ang turut membantu dalam mempromosikan lagu terbaru darinya yg bertajuk Cinta atau Propa.

Nama besar Sharnaaz Ahmad mula dikenali ramai sejak mula membintangi telefilem bertajuk Ungunya Cinta yang merupakan arahan dari Michael Ang. Dengan bantuan dan hasil didikan dari Michael, nama dan bakat dari Sharnaaz ini memang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri hiburan tanah air.

Memuatnaik cuplikan muzik video Cinta atau Propa itu, Sharnaaz Ahmad mengaku sangat geram dan marah dengan Michael yang kini membuat keputusan untuk bernyanyi pula.

Juga sebagai niat untuk promosi, Sharnaaz yang memang suka bergurau telah mengajak orang ramai untuk turut serta mengec4m nyanyian Michael itu.

Dalam kapsyen video tersebut, Sharnaaz turut berkata bahawa netizen tidak perlu risau kerana Michael merupakan seorang yang sabar akan tom4han dan cac1an. Jadi, netizen tidak perlu khawatir untuk terus mengecam nyanyiannya pada ruangan komen tersebut.

Nyanyian Michael itu ternyata telah membuat para netizen tidak keruan selepas mendengarnya. Ada juga mengatakan bahawa nyanyian Michael itu sesuai dijadikan lagu untuk mendodoikan anak.

Setiap orang mempunyai pendapat mereka masing-masing terhadap lagu baru bertajuk Cinta atau Propa ini hasil nyanyian dari Michael Ang. Ada yang kata bahawa suara Michael sesuai dengan nada dan rentak pada lagu malah ada juga yang tidak suka.

Tahniah diucapkan kepada Michael Ang kerana berani mencabar diri bertukar haluan dengan menyanyi pula.

Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!