“Nama Amir lagi”- Netizen

Patah tumbuh h1lang berganti. Pepatah yang boleh diterima untuk para penonton yang meminati drama, silih berganti drama yang ditayangkan di tv anda. Selepas tamat drama kesukaan penonton, drama penganti pula dinantikan. Setiap drama ada keistimewaan yang berbeza dan unik, yang lain dari yang lain. Pengharapan penonton ialah jalan cerita dan keserasian dua watak utama yang akan digandingan.

Bersiaran jam 7 petang, tv3 akan disiarkan mulai 5 Januari 2022, penganti drama yang trending sebelum ini, dapatkah ia juga trending no 1 di twitter Malaysia.

Drama berjudul Shakira, gandingan hebat Shukri Yahaya dan Janna Nick, penglibatan yang tak perlu disangkal lagi kehebatan mereka berlakon dan menjiwai watak.

Shakira, satu kisah perjalanan kehidupan Shakira yang tidak pernah bahagia sepanjang kehidupannya semasa kecil hingga dewasa.

Apakah apabila bertemu Amir, dia akan mendapat kebahagiaan? Ya, Amir. Watak drama Kisah Cinta Kita sebelum ini yang disandang oleh Aedy Ashraf juga bernama Amer, dan kini watak drama terbaru lakonan Shukri Yahaya juga bernama Amir.

Mungkinkah Amir dan Amer ini sama-sama berjiwa romantik? Atau mungkinkah ada persamaan diantara Amir dan Amer ? Korang jangan samakan pula, setiap drama ada jalan penceritaan yang berbeza.

Rata-rata netizen mengakui Shukri Yahaya tidak pernah mengecewakan namun ada pula yang menyoal mengapa Janna Nick. Jadi, nantikan bagaimana drama tersebut berjaya di hati penonton.

Drama tersebut akan ditayangkan si slot Akasia di tv3 dan antaranya pelakon lain yang turut serta seperti Khai Bahar, dan Syerinie Myra.

Sumber: shukriyahaya

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!