“Mesti ada sambungan ini, Datin Laila tak sedar j4hat dia ni”- Netizen

Setiap drama mempunyai aura dan kekuatan yang membuatkan drama tersebut dinanti-nantikan apa kesinambungan penceritaan dalam drama tersebut. Apabila tamat sesebuah drama tersebut, jika jalan penceritaannya menyeronokkan dan mengasyikkan, permintaan untuk season yang kedua pula menjadi-jadi. Itulah hasil yang diinginkan oleh setiap produksi, membuatkan penonton merindui watak-watak pelakon di dalam sesebuah drama .

Kisah Cinta Kita (KCK), membuat semua penonton menjadi tidak keruan, apatah lagi drama tersebut telah tamat pada 4 Januari 2022 semalam.

Penantian KCK 2 lebih membuak-buak apabila dialog watak Datin Laila ( Khaty Azian ), “betul ni, korang tak menyesal”. Dialog itu digunakan di akhir cerita, kemudian tamat begitu sahaja. Membuatkan penonton menantikan watak Datin Laila insaf di akhir cerita tidak kesampaian.

Penonton yang amat prihatin memberikan pendapat, bahawasanya KCK season 2 perlu ada kerana mereka menginginkan watak Datin Laila yang berubah kepada baik.

Pengakhiran drama tersebut membuatkan trending no 1 di Malaysia, dan selepas tamat, ianya masih menjadi bualan warganet.

Selepas mereka berdua menyengat di dalam drama Kisah Cinta Kita, dan drama tersebut telah tamat, permintaan untuk kembali ke season 2 lebih tinggi.

Gandingan serasi mereka berdua diterima peminat. Kerana itu penonton tidak puas melihat keserasian mereka di drama Kisah Cinta Kita.

Produksi perlu segera siapkan KCK season 2, mana tidaknya. Peminat sudah sedia ada.. Menanti KCK 2 walaupun bahang KCK belum habis dirasakan.

Sumber: ig ameliath

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!