“Sedap eh sn0w ni, siyes”- Janna Nick

Setiap orang pasti mengimpikan percutian di luar negara. Lebih-lebih lagi jika berlakunya musim salji, sudah tentu mengujakan buat kita. Musim salji antara yang dinanti-nantikan oleh pelancong tatkala bercuti di luar negara. Dan siapa sangka, salji pun boleh dibuat makan tau. Ala-ala macam makan ais kepal gitu.

Memandangkan banyak sempadan luar negara telah dibuka kepada pelancong,ramai selebriti Malaysia turut mengambil peluang bercuti di negara-negara yg terkenal antaranya Switzerland, United Kingdom dan lain-lain lagi.

Janna antara selebriti Malaysia yang kini sedang bercuti di luar negara. Dan siapa sangka, Janna pun antara pencinta salji tau.

Malah lebih berani lagi apabila Janna makan salji bersama madu yg dibawa. Janna sendiri memberitahu, ia bukanlah kali pertama beliau makan ais salji. Namun sudah menjadi kebiasaan buat Janna setiap kali musim sejuk tiba.

Buat pertama kalinya Janna berkongsi video makan salji bersama madu di sebuah pergunungan menerusi laman Instagramnya

Janna sendiri menjelaskan, kawasan bukit yang bersalji itu adalah kawasan yang bersih dan belum pernah dipijak oleh sesiapa pun.

Dalam pada itu,video Janna mencuri tumpuan ramai sehingga mencecah 185,000 tontonan dan hampir 400 komen.

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman sama seperti Janna dan ada juga yg teringin nak makan salji selepas melihat video Janna.

“Weh sama lah, kalau ada rezeki pergi temoat snow pon nak makan snow memang teringin, kita pulak yang ngilu gigi tengok”- Netizen

Janna dah boleh balik Malaysia sah ni, nanti makin pelik-pelik Jan a dekat sana tu hehe..

Sumber: Instagram Jannnick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!