“Alolo kesiannya, mungkin dia rasa mama dan daddy syg baby lg kot” – Netizen

Rasanya semua ibu bapa pernah alami situasi di mana anak pertama mereka tidak suka kepada kelahiran adik barunya. Mungkin kerana mereka merasa ibu bapa itu akan memberi perhatian kepada bayi baru, sekaligus melupakan si  dia. Takut sangat ibu dan bapa nya lupakan dia , padahal ibu dan bapa tetap sayangkan mereka.

Ibu bapa dekat luar sana pernah tak alami situasi macam ni ? Anak first menaangis jeles ibunya layan baby baru ? Rasa kasihan itu memang ada, padahal takda niat pun nak abaikan kanak-kanak tersebut. Cuma firasatnya sahaja yang rasa begitu, padahal parent nya masih menyayanginya. Setuju tak ?

Begitulah yang dihadapi oleh Elfira Loy dan anaknya. Anak pertamanya yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf menangis-nangis entah kenapa, katanya sebab jeles mummy layan baby baru. Takut sangat mummy Elfira lupa kan dia.

Elfira dan pasangnnya,  Faris Khairol Anuar kini sudah dikurniakan 2 orang cahaya mata setelah beliau bersalin anak keduanya itu pada 20 Mei lalu. Pejam celik pejam celik, dah 2 orang ya anak Elfira. Patutlah Rayyan marah sangat mummy dia abaikannya. Kasihan Rayyan.

Kalau ditanya ibu bapa mana sekali pun, pasti akan setuju bahawa mereka pernah alamni situasi sebegini. Sehingga anak pertama kadang-kadang akan merasa benc1 kepada adik barunya atas alasan mer4gut kasih sayang parent darinya.

Tapi jangan risau, itu hanya sementara kerana lama-kelamaan mereka akan mula sayang akan adik nya itu dan mula memahami kenapa parentnya berkelakuan sebegitu.

Rayyan yang kini sudah berumur 2 tahun sangat comelnya orang. Bak kata Elfira macam anak hantu cerita Korea. Mana taknya, putih melepak, pipinya pula merah seperti pakai blusher. Comel sangat, geram nak cubit-cubit. Peminat kanak-kanak pasti akan rasa geram dengannya.

Tidak dinafikan bahawa tugas sebagai ibu bapa sangatlah mencabar, lebih-lebih lagi bila anak-anak masih kecil. Kerana kanak-kanak masih belum memahami apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kalau dah mula merajuk, puas pula nak kena pujuk.

Antara komen netizen “cute abang sedih.. manja boy nak attention mummy je kan sebenarnya”, “awal2 dapat adik..nt lama2 adik dh besar sikit okeylah ada kawan”, dan sebagainya. Sememangnya rata-rata sudah memahami taktik si kecil ini iaitu inginkan attention mummy Elfira.

Semoga Elfira Loy dan suaminya  tabah menghadapi fasa-fasa sebegitu. Ibu bapa mana je tak sayangkan anaknya. Seperti menatang minyak yang penuh. Nanti adik dah besar, Rayyan akan kawan baru, bukan kah seronok begitu.

Sumber : Ig Elfiraloy

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!