“Abang2 tukang jaga jodoh orang” – Netizen

Sememangnya kisah-kisah percintaan ini ada pahit dan manisnya. Tak lari dari situasi tersebut. Kadang-kadang cinta hanya bertepuk sebelah tangan dan tak terbalas. Adapun cinta terbalas, juga terselit di dalamnya kisah-kisah duka. Pasti ramai yang pernah hadapi situasi sebigini kerana itulah lumrah kehidupan

Begitulah situasi yang dilakonkan oleh Fimie Don dan Hafidz Roshdi di laman Instagramnya yang masing-masing membawa mereka menjiwai situasi tersebut dalam drama Melur untuk Firdaus dan Bisik-Bisik Gelora. Fimie yang memegang watak sebagai Haris manakala Hafidz Roshdi memegang watak sebagai Wari.

Watak mereka hampir serupa situasinya apabila wanita idaman lebih lagi bestfriend mereka tidak membalas cinta nya malah mencintai jejaka lain. Pergh, s4kit hati , luluh jantung. Itu hanya lakonan, realitinya lebih menyedih kan hati.

Fimie Don atau Haris dalam drama tersebut yang telah lama memendam rasa cintanya terhadap Melur yang dilakonkan oleh Anna Jobling, tetapi cintanya tidak dibalas, malah Melur sudahpun berkahwin dengan Firdaus. Biarpun Haris dan Melur itu adalah bestfriend.

Hafidz atau Wari yang mencintai Arumi  ,tetapi cintanya juga tidak dibalas oleh Arumi. Kedua-dua jejaka ini ditolak cintanya oleh wanita idaman mereka. Uish, tak peliklah bak kata orang mandi tak basah makan tak kenyang tidur tak lena.

Agaknya, adakah dapat mencuri hati wanita idaman mereka dalam drama tersebut ? Atau tidak ? Korang lebih suka Haris dengan Melur atau tidak ? Bagaimana pula dengan Wari. Bak kata mereka kerana bukan lead atau Hero dalam drama tersebut, sebab tulah tak dapat mencuri hati her0in. Betul juga kan.

Tapi nak buat macam mana kan, itu semua hanya lakonan semata. Kalau penonton seorang yang jenis menjiwai watak, pasti turut merasai apa yang mereka rasa, tapi jangan terlalu emosi tau, kerana itu semua hanya lakonan.

Antara komen netizen ialah ‘Udah lah Haris nggak usah sama Melur, Melur nggak paham yang mana baik, yang mana buruk”, “Kalo gak ada Fimie pasti ngak ada Haris, pasti kisah real sebegini ngak dibawa ke layar”. Betul juga bak kata netizen bahawa watak yang mereka bawa ini memang berlaku dalam realiti.

Justeru, memang tak dapat dinafikan bahawa kisah percintaan itu ada suka dan duka, penuh dengan 1001 kisa di dalamnya. Tetapi perlu diingatkan bahawa h1dup tetap harus diteruskan biarpun cinta ditolak. Bak kata pepatah Bunga bukan sekuntum.

Sumber : Ig Realfimiedon

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!