“Masih kekal cantik Mak Mah, bersih je muka”- Netizen

Jarang juga rasanya dapat menatap wajah pelakon veteran ini melalui drama atau filem terbaharu di layar televisyen dan pawagam. Buat yang meminati, pasti ramai tertanya-tanya apakah perkembangan terkini ibu kepada aktor, Adlin Aman Ramlie. Jika dilihat sekali pandang melalui perkongsian hantaran menantunya, Emelda Rosmila, nampaknya, Ruminah Sidek masih dalam keadaan sihat dan ceria di usianya yang ke-76 tahun ini. Alhamdulillah…

Biarpun dalam keadaan duduk,  siap boleh menari lagi mengikut rentak lagu 60-an Malam Pesta Muda Mudi bersama Emelda. Tersenyum sahaja seniwati ini dan tergambar personaliti beliau sebagai seorang yang agak sporting dengan menantu.

Mesti ramai yang ingat lakonannya bersama seniman agung Tan Sri P Ramlee dan 4rwah suaminya, pelakon dan pengarah, A.R Tompel. Beliau sememangnya dikenali sebagai aktres yang versatile. Bagilah watak apapun, nenek kebayan, ibu mithali, semuanya dapat dibawa dengan baik.

Rata-ratanya memberikan komen Ruminah atau mesra membahasakan diri sebagai Mak Mah ini kelihatan comel dengan aksi sedemikian. Kita yang melihat pun tumpang happy. Melalui perkongsian netizen, mereka rupanya sedang shooting di Gopeng, Perak.

Dalam masa sama, tak kurang yang mendoakan agar Mak Mah terus diberikan kesihatan yang baik lebih-lebih lagi menjelang lanjut usia. Masih segar dan bugar gitu. Apa pun jika nampak secara luaran beliau sendiri orangnya memang seorang yang sering tersenyum. Agaknya itu rahsianya.

Mengimbas penglibatannya dalam dunia seni, Mak Mah mula menggiat dalam bidang lakonan pada awal tahun 1960-an. Hasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon A.R. Tompel, beliau dikurniakan enam orang anak, lebih 20 orang cucu dan enam orang cicit.

Sementara itu, Emelda Rosmila yang lebih mesra dengan panggilan Mel, merupakan lulusan Ijazah Komunikasi dan Senireka Grafik di Universiti Utara Malaysia (UUM) juga seorang pelakon, model dan pengacara. Emelda diijabkabulkan dengan Adlin pada 22 Mei 2009.

Beliau terkenal dengan peranan televisyen termasuk Manjalara (2007), Kek4sihku Seru (2008), Ampunkan Dosaku (2012) dan Cinta Tiada Ganti (2018). Kakak Emelda, Emylia Rosnaida isteri kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Datuk AC Mizal juga bergiat aktif dalam bidang lakonan.

Sementara itu, Adlin dilahirkan pada 23 Mei 1972 mempunyai adik-beradik yang lain termasuk pelakon veteran A.R. Badul dan Amran Tompel. Meskipun pada awalnya beliau cenderung kepada lakonan teater, namun kini aktif memainkan pelbagai peranan di dalam pelbagai cabang kesenian yang telah menjadi d4rah daging beliau dah tentu termasuk Mak Mah.

Semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik dalam berkarya. Buat Mak Mah didoakan sentiasa sihat di samping keluarga dan suami tersayang, Al Fatah Rahim Ismail. Sentiasa ceria dan sporting selalu…

Sumber : Ig Emelda Rosmila & Mak Mah

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!