“Tahniah Zulin, kalau dh pelamin secantik ni nikah terus lah” – Netizen

Kalau jodoh tak kemana, jangan mengalah dan jangan menyerah. Jika sudah jodoh pasti akan bertemu jua dalam bagaimana juga caranya. Tarikh untuk majlis juga suatu benda yang istimewa supaya senang diingati dan mudah untuk menyambutnya. Mengikat tali pertunangan pada 28 Januari 2022, dan bakal menikah pada tarikh pilihan yang cantik iaitu 20 Februari 2022

Zulin Aziz, seorang pelakon cantik jelita, yang kini menjadi pengacara. Pernah memiliki badan berisi tetapi kini sudah langsing dan ramping.

Tanpa desas-desus, memuat naik gambar pertunangan beliau dengan pasangan yang masih dirahsiakan nama dan kerjayanya.

Memilih tarikh istimewa, iaitu tarikh perkhawinan pada 20 Februari ini, untuk majlis pernikahan mereka. Tarikh tersebut istimewa kerana mudah mengingatinya dan nombor yang cantik.

Tak sangka tiada angin, tiada ribut, tahu-tahu sudah menjadi tunangan orang secepat ini malah bakal melangsungkan perkhawinan tidak lama lagi.

Ramai tabik hormat kepada Zulin, bukan kerana sudah bertunang tetapi kerana tidak pernah kecoh tentang percintaannya. Inilah baru bagus diperkatakan.

Komen ucapan tahniah lebih 100 komen ini, mendoakan selamat bertunang dan semoga dipermudahkan segala urusan.

Rakan artis juga sedikit terkejut namun berkongsi kegembiraan bersama. Ucapan tahniah tidak henti di ruangan komen.

Wahh nampaknya ramai artis “off market” dah, tahun 2022 ini permulaan yang baik untuk yang bergelar bujang. Ramai melangsungkan perkhawinan pada tahun ini.

Sumber: ig zulinaziz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!