“Tahniah Kak Ninie, terima kasih nyanyi sedap2 utk kami” – Netizen

Sudah menjadi lumrah bila berbadan dua, pastinya akan berlaku banyak perubahan dalam diri ibu mengandung tersebut termasuklah dari segi perubahan fizikal juga emosi yang kebiasaanya akan lebih sensitif. Perjalanan bermakna dalam tempoh 9 bulan ini pastinya melalui banyak liku-liku pahit dan gentir sebelum tibanya kebahagiaan apabila bayi sudah berada di dalam dakapan.

Keadaan diri yang sedang sarat mengandung 7 bulan ternyata tidak menjadi penghalang buat penyanyi hebat ini untuk berentap di atas pentas besar. Nur Ernie Shahirah Zakri yang juga mempunyai pertalian d4rah dengan  penyanyi hebat negara iaitu Ziana Zain dan Anuar Zain tidak pernah menggunakan peluang itu untuknya terkenal dalam bidang nyanyian.

Mula dikenali sejak menyertai sebuah rancangan realiti terbitan Astro yang bertajuk Duo Star pada tahun 2016, tiada siapa menyangka ternyata teman duet dan gandingan Ernie pada waktu itu kini telah pun sah menjadi suaminya. Ernie dan Syamel telah pun berkahwin pada Mac 2021 yang lalu dan kini sedang sarat mengandung cahaya mata mereka yang pertama.

Tidak menjadikan kehamilannya sebagai penghalang, Ernie Zakri telah memberikan persembahan yang terbaik dalam Separuh Akhir Muzik Muzik 36 baru-baru ini. Lagu bertajuk Boneka dan Good Bye Hello gandingan bersama suaminya iaitu Syamel telah terpilih untuk mara ke separuh akhir AJL 36 bersama-sama penyanyi hebat lain iaitu Aina Abdul, Siti Nordiana, Ara Johari dan ramai lagi.

Penampilannya berbaju hijau dan coklat muda dalam separuh akhir itu telah mendapat perhatian ramai lebih-lebih lagi perubahan perutnya yang kian membesar telah menjadi sorotan ramai. Sinonim dengan tubuhnya yang memang kecil dan comel, Ernie dikatakan sangat manis dan comel sekali mengenakan pakaian tersebut.

Apa yang lucu dan mencuit hati, ada netizen yang memuji penampilan Ernie Zakri itu sebagai comel sehingga menyerupakan dirinya dengan pengv1n. Walaupun keadaan fizikal Ernie ketika mengandung ini dilihat lebih berisi, tetapi dia dikatakan lebih sesuai jika berpenampilan sebegitu.

Bukan itu sahaja, ramai peminat dan netizen yang memuji bakat besar dari Ernie kerana masih mampu menyampaikan lagu dengan baik sekali walaupun dalam keadaan sarat mengandung sebegitu.

Peminat juga mempunyai harapan besar agar lagu nyanyian Ernie iaitu Boneka dan Good Bye Hello mampu tersenarai dalam pusingan akhir AJL 36 setanding dengan usahanya yang kuat dan gigih itu.

Bakat besar yang ada dalam Ernie Zakri ini sudah tidak perlu dipertikaikan lagi. Lagu nyanyiannya itu mempunyai potensi besar untuk layak ke pusingan akhir AJL 36 yang akan berlangsung tidak lama lagi. Apa pun selamat maju jaya dan tahniah diucapkan untuk Ernie dan Syamel kerana sudah layak masuk hingga ke separuh akhir muzik muzik 36.

Sumber: Instagram Ernie Zakri

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!