“Wahh ni lagi best dari saloon, I like” – Netizen

Penangan watak- watak yang di bawakan oleh Fasha Sandha atau nama sebenar beliau Nur Fasha Sandha Binti Hassan sering menjadi bualan para peminat drama melayu. Ratu air mata yang merupakan anak kelahiran Pulau Pinang ini mempunyai 4 orang adik beradik dan mempunyai seorang lagi adik, Elisya Sandha yang turut terlibat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Fasha Sandha juga dikenali sebagai seorang artis yang sangat berdisiplin dan menepati masa. Beliau sangat komited dalam kerjayanya sebagai seorang pelakon.

Sekiranya ada artis baru yang tidak menepati jadual waktu penggambaran pasti akan ditegur oleh Fasha. Sikapnya itu membuatkan beliau sering mendapat pujian dan berkat disiplin yang ketat itulah yang membuatkan nama Fasha masih kukuh dalam industri.

Fasha juga tidak s0mbong dan sering menjaga hati peminatnya. Fasha Sandha sering diberikan watak yang berat sejak kemunculan pertamanya dalam sebuah drama yang berjudul Natasha.

Menyingkap kehidupan peribadi pelakon berbakat besar ini pula, Fasha kini telahpun meneruskan kehidupan barunya setelah mendirikan rumahtangga buat kali kedua bersama dengan seorang pelakon iaitu Aidil Aziz.

Menerusi perkongsian terkini pelakon tersebut di Instagram, Fasha berkongsi satu video yang memaparkan beliau mempromosikan satu produk syampu. Lebih menarik apabila Aidil turut membantu Fasha untuk memakaikan produk syampu berkenaan.

Rajin betul Aidil membantu isterinya. Malahan keserasian dan kasih sayang pasangan tersebut terserlah menerusi video yang di kongsikan itu buat tatapan para peminat mereka.

Sebagai rekod, Fasha sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama bekas suami Nora Danish iaitu Rizal Ashram ataupun lebih dikenali sebagai Jejai.  Hasil daripada perkahwinan tersebut Fasha dikurniakan 2 orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima.

Menjengah keruangan komen, rata- rata netizen memuji sikap Aidil yang sentiasa ringan tulang membantu Fasha dan melayani permintaan isterinya itu.

Tidak kurang juga yang berkata bahawa Fasha amat bertuah bersuamikan seseorang seperti Aidil yang sangat menyayangi beliau. Berikut dikongsikan komen- komen netizen buat pasangan romantis ini.

“Bestnyaaa dapat suami yang rajin melayan isteri, lucky Fasha.. Moga sweet sampai ke akhir hayat tau” – Netizen

“Sweetnya. Sila buat tutorial dan group wasap untuk suami2 supaya depa buat kat isteri masing2” – Netizen

Nampak sayang betul Aidil kepada isterinya. Bertuah Fasha dapat seorang suami yang sangat penyayang. Menyerlah kebahagiaan yang di miliki oleh pasangan ini.

Para peminat yang bersemut melihat pasangan ini juga turut mendoakan hubungan Fasha dan suami kekal bahagia sentiasa.

Sumber: Instagram fasha sandha

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!