“Salute ada juga masukkan gmbar Mommy Maryam yg melahirkan dia” – Netizen

Pasti ramai yang bersetuju dengan kenyataan bahawa pencraian dalam keluarga memberi impak besar dalam diri anak-anak terutama sekali dari segi emosi. Atas sebab itu, pencer4ian dan masalah antara ibu bapa tidak boleh dijadikan alasan untuk memisahkan anak-anak dari ibu atau bapa mereka sendiri. Maka, ibu bapa berperanan besar untuk saling berkerjasama dalam membesarkan anak-anak mereka.

Mengakui perasaan kecewanya ketika pencer4ian baru berlaku, pelakon Fizo Omar anak kelahiran Kota Bharu Kelantan ini sempat meluahkan ketidak sangkaannya terhadap pencer4ian yang berlaku pada tahun 2019 bersama bekas isterinya iaitu Mawar Karim. Perkahwinannya bersama Mawar telah dikurniakan seorang puteri yang comel bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.

Dua tahun memegang ‘title’ sebagai bapa tunggal, Fizo Omar akhirnya telah menemui cinta barunya bersama bekas pramugari yang bernama Fazeera Fazri Azrai. Walaupun Fazeera bukanlah ibu kandung kepada Maryam, tetapi hubungan dan kasih sayangnya terhadap Maryam dilihat sangat ikhlas dan akrab sekali.

Sempena ulang tahun Maryam yang ke empat tahun baru-baru ini, Fizo Omar telah memuatnaik satu video yang berdurasi lebih kurang seminit ke laman Instagram miliknya. Video tersebut telah menunjukkan perjalanan hidupnya bersama Maryam sejak dia dilahirkan lagi sehingga sekarang.

Mengakui sangat bersyukur dengan rezeki anak yang diberikan kepadanya melalui kapsyen video tersebut, ramai yang perasan bahawa Fizo turut menjadikan Mawar sebahagian dari video kebersamaan mereka bersama Maryam.

Bangga dengan sikap baik dalam diri Fizo yang tidak lupa dengan jasa Mawar Karim sebagai ibu yang telah bersusah payah demi melahirkan Wan Maryam, para netizen telah memuji sikap Fizo yang masih menghormati dan menghargai Mawar sebagai ibu kepada puteri sulungnya itu.

Ada juga mereka yang turut berasa sedih melihat video itu kerana mengenangkan nasib Maryam yang harus menjalani kehidupan sukar itu sejak kecil lagi.

Fizo dan Mawar pastinya sangat bijak dan bertoleransi dalam penjagaan anak bagi memastikan Maryam menerima kasih sayang yang seadilnya dari kedua pihak walaupun sudah berpisah.

Doa yang terbaik buat insan yang bergelar ibu dan bapa kepada Wan Maryam ini agar dapat memberikan kebahagiaan dan tanggungjawab yang adil dalam membesarkan anak mereka.

Tidak lupa selamat ulang tahun diucapkan kepada Wan Maryam. Semoga menjadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibu bapa ya.

Sumber: Instagram Fizo Omar

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!