“Memanglah sweet tp haaram dik, maaf” – Netizen

Sejak awal 2019 lagi hubungan pasangan bagai pinang dibelah dua ini mula dihidu media tempatan dan netizen. Dari hari ke hari tampaknya kedua mereka semakin erat dan umpama tidak menyembunyikan lagi ikatan kasih yang ada. Ramai yang mendoakan ikatan pelakon, Janna Nick dan pelakon, Dini Schatzmann dieratkan dengan pernikahan.

Begitupun, tidak pasti mengapa, biarpun tak lokek menayangkan momen-momen manis mereka di medsos, tiada lagi tanda-tanda bau nasi minyak. Apa pun barangkali mereka sudah merancang, tuhan jua yang menentukan.

Apa yang menarik perhatian netizen ialah hantaran terbaharu Jannah yang menayangkan kemesraan beliau dan Dini menerusi suntingan video. Berpegangan tangan sambil ketawa ria.

Barangkali menyampaikan rasa hatinya yang sedang dilamun cinta sambil mengenang momen bersama kek4sih sepanjang tahun lalu, di hantarannya itu, selain berpelvkan, ada jua momen bercvmbuan, malah Dini mengangkat Janna di belakangnya.

Ya… tergambar amat erat dan mesranya hubungan merpati dua sejoli ini. Tak kurang ramai yang memberikan respons positif terhadap perkongsian Janna itu. Paling diharap agar mereka berdua dapat membina ikatan sah.

Yalah… kalau dilihat sekali lalu, lagak mereka kalah mereka yang sudah bergelar suami isteri. Ramai juga ostad dan ustajah yang melontar komen jujur meluahkan bahawa kelihatan kurang manis jika beraksi seumpamanya jika belum ada ikatan sah.

Apa pun mana tahu diam-diam mereka dah mendirikan msjid pun macam sesetengah retis itu yang terpaksa menyembunyikan gelaran mereka. Hanya Jannah dan Dini yang tahu.

Kata orang, cakap-cakap ini pun antara doa. Jadinya kita doakan sajalah yang baik-baik buat Janna dan Dini. Moga mereka kekal bahagia hingga ke jannah seperti dalam hantaran Janna yang mendapat 434k views setakat petang semalam sejak dimuatnaik 18jam sebelumnya.

Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Munir dilahirkan pada 1 Jun 1995 merupakan seorang pelakon, pengacara, penyanyi, pengarah dan penerbit wanita Malaysia. Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan dengan memegang watak tambahan dalam telefilem Cinta Vlog (2012).

Dini atau nama sebenarnya Dini Azan Schatzmann (lahir 17 Oktober 1994) mula dikenali setelah melakonkan watak pembantu dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek dan drama Bukan Cinta Aku. Beliau mempunyai drah campuran iaitu ibunya berasal dari Pulau Pinang, manakala bapanya pula dari Switzerland.

Sumber : Ig Janna Nick

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!