“Khai macam nyanyi dengan pasu” – Netizen

Selain dikenali kerana bakat besar yang dimiliki oleh pemilik nama Aina Abdul ini, fesyen yang digayakan oleh beliau juga sering kali mendapat perhatian para netizen. Aina juga sangat berani untuk bereksperimen dengan fesyen. Aina sanggup memakai pakaian yang unik dan bersedia menerima apa sahaja kritikan daripada netizen terhadap penampilan beliau.

Keberanian beliau itu menyebabkan ada segelintir netizen yang melabelnya sebagai kembar Didie Alias kerana penyanyi berkenaan seolah- oleh mengikuti jejak langkah pelakon senior Didie Alias yang gemar tampil dengan imej pelik dan unik apabila menghadiri sesuatu acara besar.

Mengimbau kembali beberapa fesyen tular yang dipakai oleh Aina, salah satunya adalah ketika menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-34. Pakaian yang di pakai oleh Aina ketika itu adalah busana panjang berwarna hitam namun mempunyai keunikan di bahagian kepala yang dilihat persis sekuntum bunga.

Ramai yang tidak dapat menerima fesyen yang di pakai Aina ketika itu. Pelantun lagu Sepi itu telah tampil dengan fesyennya tersendiri yang dianggap sangat unik oleh warganet. Malahan sehingga kini ianya menjadi bualan dan perdebatan di media sosial berkaitan fesyen yang sering di gayakan kerana nampak pelik di mata netizen.

Sebagai seorang penyanyi, Aina juga sangat aktif di akaun media sosial. Segala aktiviti berkaitan kerjaya seni beliau akan di kemaskini menerusi Instagram peribadinya. Akaun media sosial itu juga menjadi platform untuk beliau berkomunikasi dengan para peminat. Sehingga kini Instagram peribadi beliau itu telahpun mencecah sebanyak 421,000 ribu orang para pengikut.

Bercerita lanjut mengenai aktiviti seni beliau, menerusi perkongsian terkini Instagram tv3 malaysia, Aina baru sahaja selesai mempersembahkan lagu duet beliau bersama Khai Bahar yang berjudul Nafas Cinta. Lagu berkenaan tercalon di peringkat separuh akhir Muzik- Muzik. Seperti kebiasaan, pakaian yang di pakai oleh Aina untuk persembahan beliau itu lain daripada yang lain.

Sebelum ini, ketika mempersembahkan lagu berjudul Sepi di pentas Separuh Akhir Muzik- muzik, pakaian yang di pakai oleh Aina ketika itu juga turut mendapat perhatian netizen. Aina telah mengenakan busana warna putih panjang rekaan pereka fesyen Masyadi Mansoor.

Menurut pereka baju Aina itu pula, rekaan baju itu di inspirasi kan daripada katil selain ada netizen yang menyamakan rekaan baju di pakai Aina itu dengan gumpalan awan putih. Jelas pereka baju Aina itu lagi, beliau mendapat tahu lagu Sepi terhasil sebelum Aina tidur dan ketika itu penyanyi tersebut sedang berada di atas katil.

Menerusi video yang kongsikan di Instagram tv3 malaysia itu, Khai Bahar sebagai rakan duet Aina ketika menyanyikan lagu Nafas Cinta dilihat seolah- olah sedang menahan diri beliau daripada ketawa.

Reaksi wajah Khai ketika menyanyi itu bagaimanapun telah menerima pelbagai respon warganet di ruangan komen.  Berikut dikongsikan komen- komen warganet terhadap baju yang di pakai oleh Aina semasa persembahan kali ini pula.

Aina Abdul atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani merupakan penyanyi yang sangat berbakat. Nama beliau di kenali menerusi program nyanyian Mentor. Aina sebelum ini merupakan protégé kepada Ratu Rock Malaysia iaitu Ella.

Kini namanya semakin dikenali ramai dan semakin meningkat naik setelah berjaya melayakkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu tahun lalu. Aina Abdul juga merupakan juara pertandingan Masked Singer musim pertama di Malaysia.

Sumber: ig tv3 malaysia

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!