“Sy juga berkahwin dgn dktor, yeah I feel you babe Haha” – Netizen

Umum tahu pekerjaan seorang dktor bukanlah mudah iaitu harus memastikan penjagaan kesihatan buat pes4kitnya dijaga rapi. Dek sibuk dengan komitmen profesional pekerjaan dan memastikan keadaan pes4kit, kadang masa untuk diri sendiri bahkan keluarga juga menjadi terhad dan tak menentu, terutama bila masa on-call. Bayangkanlah jika pasangan kita bergelar dktor. Sudah tentu perlu sama memahami situasi pekerjaannya itu.

Alah bisa tegal biasa, barangkali itulah kini yang dirasakan penyanyi cantik manis, Elizabeth Tan atau mesra dipanggil Lizzy apabila bergelar isteri kepada seorang doktor, Siew Jim.

Lihat saj4lah video Lizzy ini yang menunjukkan keadaan suaminya dipercayai ketika baharu pulang daripada bertugas. Daripada gaya reaksinya, tampak gembira sungguh Lizzy apabila suaminya itu pulang.

Gamaknya susah sangat nak bersua, atau tidakpun masa yang ada terhad betul kerana tugas suaminya itu sebagai seorang pengamal perubatan. Mungkin sebab itulah nampak ceria betul Lizzy bila suaminya balik dari kerja.

Menariknya, ada juga netizen yang sudah berumahtangga dengan seorang yang bergelar dktor berkongsi di ruangan komen hantaran Lizzy itu, bahawa dia faham apa dirasakan Lizzy kerana berdepan situasi sama.

Jika dilihat daripada reaksi Lizzy itu, macam ‘geram’ sangat bila lihat suaminya itu pulang pun ada, gembira tak terkata pun ada. Apa pun yang pasti semua isteri pun lazimnya akan gembira bila sambut kepulangan suami kan…

Dalam kapsyen hantarannya itu, Lizzy bertanyakan sama ada dirinya yang bertuah atau suaminya itu. Gamaknya Lizzy maksudnya, dirinya bertuah memiliki Siew Jim yang dah macam artis K-pop itu atau sebaliknya.

“Lain mcm tangan goncang2 mcm tu..”, “A little bit of both maybe”. Itu antara layangan komen netizen di hantaran pelantun popular dengan lagu Semua Sudah itu.

Merupakan anak bongsu daripada tiga beradik, abang sulung penyanyi genre pop dan R&B ini, Andrew yang juga meminati bidang sama rupanya yang juga ialah salah seorang bekas peserta Malaysian Idol musim pertama.

Padanlah, Lizzy tidak canggung berbahasa Melayu, juga seorang pelakon, dia pernah bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, Gombak, Selangor. Lizzy telah menamatkan pengajian di Dallas, Texas, Amerika Syarikat.

Sumber : IG Elizabeth Tan

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!