“Demi masa depan anak, seorang ibu rela berk0rban” – Netizen

Sebagai seorang wanita, bukan mudah untuk menjadi seorang ibu tunggal. Ibu tunggal perlu memainkan peranan sebagai bapa dan juga ibu. Buat pelakon terkenal Rita Rudaini, sudah sekian lama beliau memegang status ibu tunggal setelah berpisah dengan bekas suaminya iaitu seorang pemain bola Aidil Zafuan. Aidil kini telahpun mendirikan rumahtangga dan mempunyai kehidupan baru bersama dua orang anak.

Untuk rekod, Rita dan Aidil berkahwin pada tahun 2008 namun berpisah pada September 2013. Hasil perkahwinan pasangan ini mereka dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11.

Bagaimanapun sebagai bapa Aidil tidak pernah melupakan tanggungjawab beliau dengan memberikan nafkah terhadap anak-anak hasil pernikahannya dengan Rita dahulu.

Anak-anak hasil perkahwinan Aidil dan Rita itu kini dijaga sepenuhnya oleh Rita. Dua orang anak lelaki mereka kian membesar dan sudah bersekolah.

Buat Rita, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memastikan anak-anak beliau mendapat ilmu dan didikan yang sebaiknya demi masa depan mereka.

Sekitar bulan April yang lalu, anak sulung Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin berjaya memasuki sekolah asrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Selama ini Rita tidak pernah berenggang dengan anak lelakinya itu dan berkongsi momen sedih tersebut bersama para pengikut akaun media sosial beliau.

Perkongsian yang dimuat naik di akaun TikTok itu memaparkan momen Rita memeluk erat anaknya sambil menahan sebak. Dari raut wajahnya, Rita kelihatan sangat berat hati untuk berjauhan dengan cahaya mata pertamanya.

Menurut pelakon Mami J4rum itu, dia tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu selama ini dan mengakui dirinya berhadapan dengan perasaan yang bercampur baur di antara rasa sedih serta gembira dengan pencapaian gemilang anaknya itu.

Netizen turut berkongsi perasaan bangga melihat kejayaan Airit serta sempat menitipkan ucapan tahniah kepada Rita kerana berjaya mendidik anaknya seorang diri sehingga melayakkan diri ke sekolah yang bagus.

Terkini menerusi satu temubual yang di lakukan oleh Hlive terhadap Rita Rudaini, temubual berkenaan telah menyingkap isi hati ibu tunggal tersebut mengenai kerinduan beliau terhadap anak sulungnya itu.

Pelakon jelita berkenaan jelas sedang menahan sebak ketika bercerita lanjut mengenai kehidupan seharian beliau setelah berpisah dengan anaknya memandangkan selama ini beliau tidak pernah berenggang dengan anak lelakinya itu.

Menurut Rita, adakalanya beliau terlupa yang anak sulungnya itu kini berada di asrama sehingga beberapa kali tersasul memanggil nama anaknya di rumah.

Ada juga masanya di mana beliau sehingga tertunggu- tunggu khabar daripada anaknya itu dan merasa amat gembira sekiranya menerima perkhabaran terbaru daripada anaknya.

Menjengah keruangan komen, ramai yang berkongsi rasa dan pengalaman yang sama apabila anak- anak kian membesar dan mula bersekolah asrama.

Rata- rata netizen juga memuji cara didikan Rita yang mampu membesarkan anak – anak sendirian sebagai ibu tunggal sejak sekian lama sehingga anaknya kini berjaya melayakkan diri ke sekolah yang sangat berprestij. Berikut dikongsikan komen- komen netizen.

“Rita ni bab lain pasal mulut dia aku xmo sentuh. Tapi bab dia survive jaga anak2 dia tu dr dulu and kasih ibu tu aku respect. Dia memang kental. Atas sesama k4um wanita, aku puji kebaikan dia jaga anak2 dia sampai besar elok.” – Netizen

“Memang anak sulung ade tempat yg teristimewa dihati sorang ibu semoga mami Rita dan anak Rayyan kuat menghadapi segala macam situasi” – Netizen

“Sama la rasa. Bila dapat mesej anak tu, macam k3kasih mesej kita. Tunggu dia baca mesej tu dup dap. Minggu ni anak balik dari asrama. Duk menghitung hari x sabar.” – Netizen

“Rita n siti nordiana…kagum dengan single mom ni.cara sorg besarkan anak tanpa perlu hadirnya seorang lelaki bernama suami” – Netizen

Sebagai seorang ibu tunggal, Rita berkata beliau amat berbangga dengan pencapaian anaknya itu. Walaupun dirinya merasa sedih melihat anaknya itu hanya di besarkan oleh seorang ibu tunggal namun beliau gembira Rayyan kini dapat berdikari dan mengorak langkahnya sendiri.

Sebagai seorang ibu, beliau akan sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan anak- anaknya. Rita turut mendoakan anaknya itu terus berjaya dalam kehidupan.

Sumber: ig officialhlive

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!