“Dua-duanya cantik dan manis”- Netizen

Pernahkah anda mendengar lagu ‘Makhluk Tuhan Paling Sksi’ yang dahulunya pernah menjadi popular di negara Indonesia dan juga di Malaysia? Mesti pernah dengar.Lagu tersebut dinyanyikan oleh Mulan Jameela dan sehingga kini masih menjadi lagu pilihan ramai lebih-lebih lagi ketika sesi karaoke. Pasti pernah jadi salah satu list lagu karaoke anda kan…

Sudah 14 tahun lagu itu telah berada dalam industri muzik, siapa sangka Mulan Jameela masih kelihatan cantik sama seperti dahulu. Tengok wajah Mulan Jameela yang terkini, tak dimamah usia wajah cantiknya itu.

Sama seperti sahabat Mulan iaitu Fazura, kedua-dua tetap kekal kelihatan ayu dan manis bertudung. Alhamdulillah hidayah itu sememangnya milik Allah.

Setelah sekian lama dua sahabat ini tidak bertemu, akhirnya Fazura dan Mulan telah berjumpa baru-baru. Mulan dikatakan telah datang ke Malaysia untuk bertemu sahabatnya.

Melihat Mulan di hadapan mata, Fazura kelihatan teruja bertemu sahabatnya dari negara seberang itu dan menghadiahkan Mulan beberapa helai tudung eksklusif dari Tudung Fazura.

Sementara itu, video yang dikongsi Fazura menunjukkan dua sahabat itu berpeluukan setelah lama tidak berjumpa.

Rata-rata netizen ‘terpukau’ dengan kecantikan dua selebriti popular ini meskipun Fazura dan Mulan sudah bergelar ibu.

Netizen juga akui, Fazura dan Mulan masih maintain muda sama seperti zaman remaja mereka. Kena minta tips daripada artis kesayangan ramai ni..

Dalam pada itu, video dikongsi Fazura telah menerima 167,000 tontonan dan komen daripada netizen.

Cantiknya Fazura dengan Mulan ni. Wajah diorang langsung tak berubah dari dulu sampai sekarang. Maintian cantik je walaupun dah ada anak masing-masing.

Sumber: Instagram missfazura

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!