“Sy antara benda sy takutnya masak lah, Lofa ni pandai masak ke tak” – PU Riz

Seorang lelaki pasti akan idamkan seorang wanita yang sempurna. Seorang isteri yang mampu melayaninya dengan baik, bertutur kata lemah lembut dan sebagainya adalah antara sifat-sifat yang diidamkan setiap lelaki yang mahu bergelar suami. Namun, sifat sempurna itu hanyalah milik Allah kerana Allah sahaja yang Maha sempurna jadi seharusnya lelaki sedari bahawa mereka tak mungkin akan miliki wanita yang sempurna.

Siapa tidak mengenali pasangan yang sedang hangat diperkatakan sekarang ini iaitu Neelofa dan suaminya, PU Haris. Mereka berdua sering kelihatan bersama walaupun dikecam oleh netizen akan beberapa isu berkenaan menjaga SOP.

Walaupun diuji dengan pelbagai kontroversi dari sejak mula kahwin lagi, mereka masih kelihatan sangat mesra antara satu sama lain dan tanpa sedari dari video-video kongsian mereka, mereka mencuba untuk mengenali antara satu sama lain.

https://www.instagram.com/p/CPaQUh7jUaX/?utm_medium=copy_link

Dilihat dari video tersebut, video yang baru sahaja dimuatnaik dan Neelofa berkongsi soalan peminat kepada suaminya itu.

Peminat bertanya adakah makanan yang dimasak Neelofa sedap dan PU Haris terus mengiyakan perkara itu. PU Haris juga berkongsi cerita bahawa dahulu dia takut jika Neelofa tidak pandai memasak dek kerana melihat gaya hidup Neelofa dahulu yang selalu busy.

Namun, beliau bersyukur bahawa andaiannya itu salah dan memuji hari-hari beliau sentiasa rasa seperti makan di restoran. Ramai juga netizen memuji sikap Neelofa yang suka memasak dan suka menimba ilmu.

Begitulah orang yang baharu berkahwin. Pada mula sememangnya manis sangat rasanya. Namun, selepas berberapa tahun, kita akan faham lebih mendalam lagi cuba memahami dan tujuan toleransi tersebut.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0py P4ste tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!