Peminat teruja Sharnaaz dan Azira saling berbalas komen, restui hubungan

Sharnaaz Ahmad merupakan seorang pelakon yang kini telah bergelar usahawan. Kasih sayang beliau yang begitu mendalam terhadap anaknya Jebat Jayden membuatkan beliau berusaha keras demi memberikan yang terbaik buat anaknya itu. Menjengah keruangan instagram beliau, Sharnaaz sering memuatnaik aktiviti dan telatah anak kesayangan membuatkan para peminat merasa geram dan terhibur dengan gelagat Jebat.

Sharnaaz sebelum ini telah melalui proses perpisahan yang agak panjang bersama bekas isterinya iaitu Noor Nabila yang juga merupakan kakak kepada usahawan terkenal Neelofa. Walaupun telah berusaha untuk memulihkan kembali rumahtangga beliau bersama Nabila namun usaha Sharnaaz menemui kegagalan apabila mereka akhirnya berpisah Julai tahun lalu.

Nabila juga telah membuka lembaran baru dalam kehidupan beliau apabila mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Engku Emran yang merupakan bekas suami kepada Erra Fazira.

Walaupun Sharnaaz mendoakan kebahagiaan bekas isterinya namun beliau telah meluahkan kekecewaan dengan memuatnaik lagu yang berjudul “penantian yang sia-sia” seolah-olah merujuk kepada harapan beliau untuk berbaik semula terhadap bekas isterinya itu.

Para peminat yang merasai kesedihan dan kekecewaan yang di rasai oleh Sharnaaz turut mendoakan supaya beliau menemui pengganti bekas isterinya itu dalam masa terdekat.

Baru-baru ini tular sekeping gambar penyanyi dan pelakon Azira Shafinaz yang telah memberikan hadiah pelitup muka kepada Sharnaaz.

Ekoran gambar berkenaan, para peminat mulai membuat spekulasi dan mengusik Sharnaaz dan Azira supaya berjodohan. Azira pula yang ketika ini telahpun putus cinta dengan bekas kekaasih dilihat sebagai pasangan yang ideal untuk Sharnaaz.

Menerusi instagram, Azira telah memuatnaik beberapa keping gambar swafoto beliau. Sejak akhir-akhir ini Sharnaaz sering mngalkan komen di ruangan komen instagram Azira dan tidak ketinggalan juga entri terkini Azira berkenaan.

Bagaimanapun menariknya kali ini Azira telah membalas kembali komen Sharnaaz tersebut membuatkan para peminat begitu teruja dan gembira kerana usaha peminat untuk menjodohkan mereka berdua dilihat membuahkan hasil.

Ruangan komen di instagram Azira dipenuhi usikan para peminat terhadap respon mereka berdua yang saling memberikan emoji berbentuk hati. Berikut dikongsikan komen-komen para peminat.

Nabila telahpun memilih haluan hidup beliau sendiri dan bahagia dengan kehidupan beliau. Mudah-mudahan giliran Sharnaaz pula untuk mengecapi kebahagiaan beliau pula. Semoga ada jodoh antara Sharnaaz dan Azira. Ramai peminat yang doakan.

Sumber : Instagram azira shafinaz

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!