“Ustaz terkejut peminat ada dlm bilik Lofa”

Bukan mudah menjadi selebriti yang dikenali ramai. Apa jua gerak geri yang dilakukan pasti akan ada yang memerhati apatah lagi buat selebriti terkenal seperti Neelofa. Sudah menjadi lumrah bergelar selebriti, pasti ada sahaja kontr0v3rsi yang membabitkan dirinya. Sekian lama beliau menceburi bidang industry hiburan, tidak terhitung banyaknya dugaan dan ujian yang beliau terpaksa hadapi sebagai salah satu asam garam dalam dunia hiburan.

Pelbagai rencah dan rasa menjadikan Neelofa tidak cepat melatah dan sabar menempuhi apa juga ujian dan melanda diri beliau. Namun sokongan daripada suami, keluarga dan para peminat juga menjadi tonggak nama beliau masih berdiri utuh sehingga kini.

Walaupun sejak akhir-akhir ini nama usahawan dan juga ikon mslimah itu sedikit tercalar namun tidak luntur kepercayaan para peminat setia beliau yang cukup mengenali dan menyokong kerjaya beliau mahupun perniagaannya sejak dari awal dahulu.

Menerusi satu perkongsian di instagram peminat Neelofa, satu sesi perjumpaan secara maya telah diadakan oleh Neelofa dan suaminya PU Riz bersama para peminat.

Semasa sesi tersebut berlangsung PU Riz terlihat gambar latar belakang salah seorang peminat Neelofa yang seakan berada di dalam bilik isterinya.

Dengan rasa terkejut dan juga ingin tahu, PU Riz terus bertanyakan perkara berkenaan terhadap peminat tersebut. Neelofa yang memahami situasi itu menerangkan secara ringkas bagaimana cara peminat berkenaan menjadikan gambar biliknya sebagai latar belakang di applikasi Zoom tersebut.

Rata-rata peminat merasa terhibur dengan pertanyaan dan rasa terkejut Pu Riz melihatkan tindakan peminat Neelofa tersebut.

Mungkin PU Riz merasa sedikit bimbang sekiranya peminat berkenaan benar-benar berada di dalam bilik Neelofa. Berikut dikongsikan komen-komen para peminat Neelofa.

Buat para peminat setia Neeofa apa juga mengenai diri selebriti berkenaan biasanya akan menjadi sumber inspirasi dan juga membuahkan rasa minat mahupun perasaan kagum dalam diri mereka.

Jadi tidak hairanlah ada peminat yang mengambil gambar bilik Neelofa untuk dijadikan sebagai latar belakang applikasi Zoom mereka kerana minat yang mendalam terhadap selebriti berkenaan.

Sumber : ig lofa page

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!