“Org mengandung ditutup lagi perot, ni ketatnya baju” – Netizen

Meliuk lentuk dirinya menayangkan bentuk perut yang sudah semakin memboyot membayangkan si kecil dalam kandungannya juga sedang membesar elok. Tergambar kebahagiaan di wajah selebriti cantik, Emma Maembong bersama suami, Muhammad Shazli Azhar ketika sesi fotografi ini dilakukan. Maklumlah pasangan itu bakal menimang cahaya mata yang kedua tak lama lagi kalau dilihat daripada lagak fizikalnya itu.

Tak pasti sudah berapa minggu tempoh kandungannya, apa pun sejak sejak Disember lalu Emma kelihatan mengambil pendekatan tak menafikan atau mengiyakan dirinya berbadan dua.

Tau-tau perut dah sebesar dalam videonya ini. Tak hairanlah ada yang terlepas mengikuti perkembangan Emma rasa terkejut bervk. Apa pun tak kurang yang tumpang gembira dengan kebahagiannya ini.

Begitupun, sudah namanya manusia, ada saja apa tersirna dalam hati terluah di ruangan komen. Tak kurang netizen menggambarkan rasa ‘risau’ melihat Emma menayangkan perutnya sebegitu.

Ada pula netizen meluahkan rasa ‘terasa hati’ dek diri sendiri belum dapat melalui pengalaman sama seperti Emma. Justeru menggambarkan video seperti dikongsikan Emma ini tak harus terlalu ‘diperlihatkan’.

“Agak disturbing setiap kali tgk perempuan pregnant pakai n bergambar mcm ni.  “I’m sorry but bgmbr mcm ni as preggy mommy siyes xelok & xcantik dpandang”, “Lentok latok tayang perut. Kesian kami yg belum pernah mengandung ni”.

“Bukan baru blik umrah ke…org mengandung ditutup2 lgi perut…ni ketatnya baju”, “Aku pulak yg rse senak perut tgok Emma berdiri je.. laki dia pulak yg duduk.. tp posing mcm Tu laa cantik kennn.. kalau dduk xnampak pulak perutnyaa”.

Itu antara komen netizen. Dalam ramai mengkr1tik dan meng3camnya dek beraksi sedemikian rupa, ada juga mendoakan agar Emma kembali berlitup seperti sebelum ini. Doa itu yang sebaiknya kan…

Pun demikian siapa je kita yang hendak mengubah hati manusia. Mengulas tentang perkara tersebut, Emma sendiri pun sebelum ini hanya berharapkan doa yang baik-baik buatnya…

Mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020, Emma dan Shazli menimang cahaya mata pertama, Shariq Qabriel yang kini sudah berusia lebih dua tahun. Mesti Qabriel pun happy nak dapat adik ni…

Sumber : IG Emma Maembong

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!