“Seriuslah diorg xtahu lagu tu Aiman yang nyanyi”- Netizen

Aiman Hakim Ridza Abdoh merupakan seorang pelakon, penyanyi dan bekas pemain bola sepak amatur Malaysia. Penglibatan beliau dalam bidang seni bermula menerusi rancangan realiti nyanyian Mentor musim ke 5. Namun begitu setelah berakhirnya program realiti nyanyian berkenaan rezeki Aiman lebih menjurus kearah bidang lakonan. Nama beliau juga mula meniti di bibir peminat setelah memegang watak utama di drama Vanilla Coklat.

Malahan drama- drama lakonan Aiman juga mendapat perhatian seperti Projek Memikat Suami, Isteri Separuh Masa dan Curi- Curi Cinta. Aiman bertemu jodoh dengan isterinya Zahirah Mc Wilson setelah berlakon bersama di drama Curi- Curi Cinta.

Isaac Raes merupakan satu- satunya anak lelaki sulung kepada pasangan pelakon yang sama cantik dan sama padan iaitu Zahirah Mc Wilson dan Aiman Hakim Ridza.

Pasangan berkenaan telah mendirikan rumahtangga pada 20 Feb 2020 setelah beberapa tahun berkenalan. Mereka berdua kali pertama di pertemukan ketika bergandingan menerusi drama Curi- Curi Cinta sekitar tahun 2018.

Hasil perkongsian hidup, pasangan ini di kurniakan anak sulung mereka sekitar bulan Januari tahun lalu. Untuk rekod anak sulung pasangan ini telahpun dilahirkan pada 5 Januari 2021 dan kini mereka berdua sedang diulit bahagia dengan kehadiran buah hati sulung mereka itu.

Buat para peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan ini, pastinya akan sentiasa tertunggu mengenai perkembangan kehidupan pasangan pelakon ini baik dari segi kerjaya mahupun peribadi.

Baru- baru ini salah satu lagu nyanyian Aiman berjudul Buatmu Cinta telah tular kembali di platform Tiktok. Bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui bahawa penyanyi asal lagu berkenaan adalah pelakon Aiman Hakim.

Menerusi perkongsian terkini di Instagram peminat pasangan ini, satu video penjelasan daripada seorang peminat Aiman telah dikongsikan.

Ramai terkejut setelah mendengar penjelasan daripada individu berkenaan kerana menyangkakan lagu berkenaan di nyanyikan oleh Alif Satar, Aizat Amdan malahan ada yang meneka penyanyi Afgan.

Menjengah keruangan komen, rata- rata para peminat yang mengikuti perkembangan kerjaya seni pelakon berbakat besar ini berkata mereka sudah sedia maklum mengenai lagu nyanyian Aiman berkenaan memandangkan lagu tersebut pernah muncul di dalam drama Projek Memikat Suami.

Para peminat juga berkongsi bahawa Aiman juga pernah merakamkan lagu bersama penyanyi terkenal Ernie Zakri menerusi lagu berjudul Khalimah Janji. Berikut di kongsikan komen- komen netizen.

Tidak di nafikan kini rezeki Aiman lebih kearah bidang lakonan malahan filem terbaru lakonan Aiman Hakim iaitu Air Force juga menerima sambutan menggalakkan.

Bagaimanapun ramai peminat yang memuji kemerduan suara Aiman ni, jika ada rezeki boleh la keluarkan lagu terbaru nanti.

Sumber: Instagram lovezm95

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu . Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!