“Dengar tu biar isteri urus duit” – Wawa Zainal

Di sebalik kejayaan atau kebahagian sesebuah rumahtangga, pasti ada petua dan resipi yang dipraktikkan sehingga mendapat sesuatu dalam hidup. Kata orang saling melengkapi dan memahami pastinya tidak perlu risau dengan ganjaran rezeki. Amalan itulah yang dilakukan oleh pelakon tampan, Aeril Zafrel yang menurutnya dengan itu juga antara tip kejayaannya hari ini.

Bumi mana tidak ditimpan hujan, lautan mana tidak bergelora, dalam satu coretannya yang dikongsikan oleh isterinya, Wawa Zainal di IGnya, kata Aeril sepanjang 10 tahun beliau tidak menafikan banyak dugaan hidup dihadapi dirinya dan Wawa.

Kata Aeril saling melengkapi kekurangan masing-masing itu lebih baik daripada mencari kesempurnaan. Tambahnya tak terkira nikmat diperoleh mereka daripada empat orang anak hingga kejayaan perniagaan mereka pada hari ini.

Menariknya, kongsi Aeril antara tip kejayaan yang diamalkannya hingga ke hari ini ialah beliau membiarkan isterinya menguruskan semua wang perniagaan mereka. Agak mengejutkan kerana Aeril mengakui sampai sekarang tidak tahu lagi cara nak pindahkan wang syarikat.

Yang pasti ramai wanita suka mendengar ayat di hujung tulisan Aeril ini daripada komen diberikan. Menurutnya, beliau percaya kalau wanita yang uruskan duit, insyaAllah semuanya baik-baik saja. Bertuah Wawa, dapat kepercayaan penuh daripada suami ya…

Memang ramai yang bersetuju bahawa isteri adalah akauntan terbaik dalam sesebuah rumahtangga. Dalam pada itu tak kurang juga yang melihat Wawa hebat dalam menguruskan syarikat selain keluarga. Dah tentu Aeril juga bertuah kannn…

Tak menahannya, ramai pula yang tag suami masing-masing pastinya mengharapkan untuk melakukan perkara sama seperti dilakvkan Aeril. Aeril mencoretkan demikian dalam status medsosnya berkenaan appreciation night syarikat milik mereka kelmarin.

Terdahulu heboh di maya tentang perkahwinan Aeril dengan pelakon, Wawa Zainal pada tahun 2013 yang dikhabarkan sebelum itu berlangsung secara rahsia. Apa pun mereka kini bahagia dengan dikurniakan empat orang cahaya mata. Begitulah perancanganNya.

Wawapun nampaknya kini lebih banyak menghabiskan masa dengan perniagaan dan keluarga serta semakin kurang berlakon di layar televisyen. Apa pun moga dipermudahkan urusan buat mereka dan terus dimurahkan rezeki.

Biarpun kurang menampakkan wajah di layar perak, Wawa dan Aeril aktif dengan content di media social mereka dan mempunyai ramai pengikut. Kadang content bersama yang dihasilkan turut mencuit hati. Moga contoh suami isteri saling melengkapi ini jadi inspirasi pasangan lain di luar sana…

Sumber : Ig Wawa Zainal

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!