“Isteri Fizo azam baru tak tutup aurat ke” – Netizen

Tugas seorang suami sebenarnya besar sekali. Bukan sahaja menjaga keharmonian rumahtangga, malah perlu juga menjaga a1b dan mendidik adab pada ahli keluarga dengan sempurna. Suami yang bertanggungjawab akan mengambil berat tentang perkara-perkara sal4h yang kecil seperti tidak menjaga aurat dengan sempurna dan sebagainya. Kerana ianya penting demi menjaga imej agaama kita masing-masing.

Seperti juga kita kenali pelakon dan pengacara Fizo Omar yang telah bercer4i dengan Mawar pada tahun 2019. Beliau mempunyai seorang anak perempuan ketika masih bersama Mawar iaitu Wan Maryam.

Namun pada Oktober lalu, beliau telah berkahwin dengan seorang wanita yang berasal dari Sarawak yang dikenali sebagai Fazera.

Di dalam sosial media, Fazera dilihat sebagai seorang yang boleh menjadi ibu kedua kepada Maryam kerana beliau dilihat sungguh senang bersama kanak-kanak itu. Beliau juga dilihat seorang yang ayu walaupun tidak berhijab. Namun, baru-baru ini Fizo Omar ada berkongsi sebuah gambar beliau bersama isteri menyambut tahun baru di Penang.

Fizo Omar sempat memberikan ucapan tahun baru di kapsyennya dengan mengatakan terima kasih pada 2021 untuk segala memori dan helo 2022 dan tidak sabar untuk menempuhnya. Di dalam gambar itu juga dilihat seperti Fizo dan isterinya mengenakan pakaian pejabat bersama.

Mereka dilihat berdua sahaja tanpa Wan Maryam di sisi. Dilihat juga mereka sangat cocok bersama.

Namun terdapat segelintir netizen yang terambil perhatian pada pakaian isteri Fizo. Mereka berkata bahawa pakaian isteri Fizo agak menjolok mata dan ada juga memerli isteri Fizo adakah tidak menutup aurat adalah azam baru tahun baru.

Sebagai netizen, seharusnya kita tahu cara untuk menegur dan bukan memerli tak tentu hala. Kerana sikap suka memerli ini adlaah sikap yang tidak disukai orang sekeliling. Ia seperti memberi kritikan kepada orang yang kita ingin menegur itu. Sebaiknya nasihat dengan elok supaya dapat difahami dan diterima dengan hati terbuka.

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!