“Si0t betul diorang ni” – Tomok

Bagi peminat lagu legend atau pun jiwang, pasti anda cukup mengenali lagu-lagu zaman dahulu. Orang-orang dulu memang layan habis tau lagi-lagi jiwang ni, teringat pula pada kisah percintaan dahulu kala. Genre yang masih lagi sama seperti sekarang, cuma adalah juga ada beat-beat yang berubah. Tapi, remaja zaman sekarang pun ada yang layan lagu-lagu legend dahulu.

Tak dinafikan bahawa lagu-lagu tersebut masih lagi enak didengar biarpun sudah masuk zaman 20-an. Kadang tu, boleh dikatakan lagu dahulu mempunyai lirik lagu yang lebih berkualiti dan berbunga dari sekarang. Yelah, zaman dah berubah kan.

Tak kisah lah lagu lama atau sekarang, yang mana okay kita support. Pun begitu, banyak juga dibuat parodi akan lagu lama. Artis zaman sekarang sering mempunyai parodi lagu-lagu dahulu bagi mengimbau kembali aura dahulu kala.

Ada yang merindukan vibes dan suasana lagu-lagu di zaman 90-an. Mungkin ada kelainan bagi mereka khususnya mereka yang sukakan lagu legend dan lagu klasik. Kita taktahu minat masing-masing berbeza kan, ada yang nampak muda tapi suka kan lagu lama.

Baru-baru ni, geng radio Era yang membuat parodi lagu yang dinyanyikan oleh Kumpulan Legeng New Boyz. Korang kenal tak siapa mereka tu ? Tapi mesti korang kenal sekurang-kurangnya seorang ahli angg0ta nya kan, yang confirm kenal ialah Tomok.

Haa, siapa je tak kenal beliau kau. Geng Era membuat parodi lagi “Sejarah mungkin berulang” dan menukar kan nama kumpulan kepada Era Boyz. Siapa pula Era Boyz tu ? Sudah semestinya geng-geng budak Era.

Mereka adalah Nabil, Radin, Pak Azad dan ramai lagi. Setiap seorang dari ahli kumpulan New Boyz akan diwakili oleh Era Boyz. Tak tahan betul nak berhenti gelak tengok telatah sorang-sorang tu, ada yang wakil jadi Tomok lah dan sebagainya.

Boleh dikatakan mereka meniru setiap scene asal dan memparodikan semua. Part rambut belah tengah tu tak menahan nya. Tapi, tak gaya macam lagu jiwang, bak kata netizen macam jadi nasyid terus. Lucu sangat tengok muka sorang-sorang.

Dahla semua duk beratur dan tahan gelak. Memang lawak habis parodi tersebut. Semua duk tahan gelak tak sabar nak tunggu part masing-masing habis.

Dahla depa duk beratur macam scene lagu orang zaman dulu. Takpalah yang penting netizen terhibur, adoi, rindu betul nak kembali ke zaman jiwang dulu-dulu.

Sumber : Ig Tomokofficial

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!