“Tak jawab kang dikata s0mbong pulak, tulis siap-siap” – Netizen

Menjadi selebriti memang takkan dapat lari daripada berdepan dengan pelbagai ragam dan karenah peminat, pengikut serta netizen. Selain perlu menjawab persoalan ditanya tentang diri mereka sendiri, habis bab keluarga, saudara mara dan sahabat handai pun kadang perlu dijawab. Macam apa didepani pelakon cantik kini makin ramai peminat selepas berhijab, Izara Aishah ini.

Seperti dalam hantaran ini, agak mencuit hati melihat gelagat Izara apabila dah siap-siap menjawab soalan lazim peminat tentang ahli keluarganya dalam kertas putih yang sudah ditulis jawapan berkenaan.

Pastinya ia dilakukan Izara sebab dah penat gamaknya menjawab persoalan sama netizen tiap kali dirinya berada dalam live di medsos. Jawapan ditulisnya itu digantvng pada penyidai pakaian berhampirannya.

‘Alaia dalam bilik. Dato’ Siti kat rumah dia. Tya pun di rumah dia’. Itu antara ditulis oleh Izara kesemuanya dalam huruf besar penuh dalam satu kertas A4 putih. Memang jelas dan nyata ‘jawapannya’ itu.

Kalau netizen tak faham lagi tak tahulah… Apa pun mana taknya netizen teruja bertanya, ibu mertua tirinya yang juga penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan birasnya, Tya Arifin pun selebriti terkenal.

Dahlah anak Izara nan seorang bernama, Irisa Alaia tu pun comel. Bila buat live tak nampak bayang ketiga-tiga mereka, maka sibuklah netizen bertanya. Aduh dah nama pun Izara sedang meniaga. Dia seoranglah nampak di situ.

Apa pun tindakan Izara yang meletakkan jawapan siap dalam kertas putih itu juga mengundang banyak respons netizen. Ada menyokong tindakannya, tak kurang yang meng3cam netizen kerana tak peka.

“Yg aku x paham kenapa org kene tanya like where are their family members”, “Xjawab kang kata s0mbong plak… tulis siap-siap”, “Org tu nk meniaga, ditanya nya family mmbers yg lain. jenuh nk jwp niaga ke psl fmly hahahaha. Kelakar la zara ni”.

“Aku sebagai viewer pun kadang² menyampah bila orang tanya soalan sama.. tu ig izara, memang la ada izara je”, “Hehe.. org tuu nk menjual. Org lain sibuk tnya pasal family dia”, “Kali ni ambik ko.. ..senang tulis siap2”.

Itu antara komen netizen. Betul juga tu… kot tak, tak jadi kerja Izara asyik nak menjawab soalan pasal orang lain. Mukanya tu pun macam dah nampak penat sikit, apa pun tetap layan netizen cara macam ni pulak ya…

Sumber : IG SINAR-my

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!