“Nak ke mana mengirai kain alas meja tu Mek Embun Oii” Chef Zam

Bergurau senda sememangnya mengeratkan hubungan bukan sahaja dalam kalangan pasangan dan ahli keluarga lain, tidak ketinggalan dalam menjalinkan persahabatan. Kadang dalam mengusik kawan kita tu barangkali kedengaran agak kasar bagi ‘orang luar’, tapi antara sahabat itu sendiri seperti sudah lali, macam dua sahabat iaitu cef selebriti, Chef Zam dan pelakon, Zahida Rafik ini.

Tak kisah kau nak kata aku dan sebaliknya, bagi pengikut dua selebriti ini di medsos pasti perasaan akan lazimnya tiap kali Zahida memuatnaik hantaran di medsosnya, Chef Zam akan menyelit komen mengusik.

Kalau orang yang tak biasa, boleh ‘makan dalam’ juga membaca komen Chef Zam yang menyakat. Silap haribulan ‘koyak’ dek tak tahan dengan kata-katanya. Bukan sekali dua, biasa sangat dah sebelum ni…

Kali ni agak pedas juga bila Chef Zam bertanyakan Zahida hendak ke mana dengan ‘alas meja’. Zahida memakai gaun kembang sekali kasut senada dengan warna bajunya iaitu ungu itu disamakan dengan alas meja?

Terdahulu Zahida penuh bergaya mengenakan busana itu dengan memakai cermin mata hitam dan berkasut tinggi high cut berkata, sesiapa ke fashion week night, semoga ‘have fun’ sebelum memasuki perut kereta.

Gamaknya dia pun ke situ… Sekali datang kawan baik boleh lak cakap macam tu… Sampai hati… Begitu pun nampaknya usikan Chef Zam di ruangan komen hantaran Zahida di IGnya itu belum dibalas.

“Letopsss”, “Gojesssss”, “MashaaAllah MashaaAllah…this is soooo stunning”, “Kim K Ampang be like…”, “macam Kim Kardashian”. Itu antara komen netizen.

Ya agak mengagumkan, pada usianya mencecah 47 tahun ini, fizikal Zahida masih maintain seperti pada zaman di awal penglibatannya dalam dunia seni lebih dua dekad lalu.

Meskipun kini agak jarang wajahnya berlakon di kaca televisyen, pelakon kacukan Melayu P4kistan ini nampaknya masih aktif dengan menjadi model jemputan di majlis-majlis fesyen tempatan di ibu negara.

Tidak hairanlah dia berjaya mengekalkan bentuk tubuh ideal memandangkan kalau ditinjau di ruangan medsosnya, Zahida sememangnya seorang yang rajin bersenam dan melakukan aktiviti riadah.

Sumber : IG Zahida Rafik

Artikel ini disediakan oleh Media Puyu. Sebarang C0PY P4STE tanpa kebenaran, rep0rt untuk c0pyright akan dikenakan.

Kongsikan artikel ini:
Follow us on Social Media
error: Siapa Copy akan report copyright!